5 lokasi hotel ‘Kids Friendly’ ada pelbagai kemudahan

Membawa anak pergi bercuti ketika hujung minggu atau cuti sekolah yang panjang boleh menjadi cara untuk menguatkan ‘bonding’ bersama mereka.
Namun, mungkin ramai mak ayah yang sudah buntu lokasi mana lagi yang boleh bawa anak-anak bercuti dan paling penting lokasi tersebut adalah penginapan hotel kids friendly.
Dekat mana yang ada hotel berkonsepkan kids friendlyini? Berikut merupakan antara 5 lokasi yang dikongsikan oleh ibu ini di laman Twitternya. Boleh masuk dalam list!
5 LOKASI HOTEL KIDS FRIENDLY BOLEH BAWAK ANAK-ANAK
Hotel – hotel yang KIDS FRIENDLY and WHEELCHAIR FRIENDLY. Ni thread untuk hotel-hotel yang i pernah pergi since my hubby kena serang stroke, so anyone yang ada spouse atau parents on wheelchair , boleh pergi tempat-tempat ni untuk holiday.
1.Amverton Cove Golf & Island
Tempat ni best sebab ada waterpark & farm nearby. Check in 3 hari 2 malam so first day boleh spend time di farm & second day boleh pegi waterpark. Untuk makan, restoran luar hotel ada tapi jauh juga. Drive dalam 20-30 minit baru sampai.
Link: www.amvertoncove.com
2. Swiss Garden Beach Hotel Kuantan
Kids pool: 4/5
Adult pool: 4/5
Scenery: 5/5
Link: www.swissgarden.com/beach-resort-kuantan/
3.M Resort & Hotel
Kids pool: 5/5
Adult pool: 4/5
Scenery: 3/5
Food: 4/5
Link: mresort-hotel.com.my
4.Amverton Heritage Resort
Hotel ni TAK WHEELCHAIR FRIENDLY. I share sebab waterpark dia best untuk kids. Kesian hubby i tak dapat join tengok anak-anak main air sebab nak pergi waterpark kena turun tangga yang sangat tinggi. Nak makan, cari makanan memang senang la sebab dekat Melaka.
Link : amvertonheritage.com
5. Sri Chalet Pengkalan Balak, Melaka
Chalet dekat Melaka ini murah je, RM 100 semalam tapi pengalaman dia dengan anak-anak tak ternilai. Balik je rumah kids ajak pergi lagi.
Link: Sri Chalet Pengkalan Balak
*Boleh jadikan lokasi ini sebagai lokasi percutian hujung minggu dan juga cuti panjang nanti. Book siap-siap sebelum full ya!