7 fakta menarik pengasas KFC, rupanya dia mula jual ayam goreng di stesen minyak

7 fakta menarik pengasas KFC, rupanya dia mula jual ayam goreng di stesen minyak

 

Siapa yang tidak mengenali Kolonel Harland David Sanders, seorang ahli perniagaan daripada Amerika yang mengasaskan restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken ( lebih dikenali sebagai KFC ) dan kemudiannya menjadi duta dan simbol kepada syarikat berkenaan.

Jika anda tidak mengenali beliau, beliau merupakan seorang lelaki tua yang berjanggut dan berbaju putih serta berkaca mata yang sering dipertontonkan oleh KFC di khalayak ramai. Itulah Kolonel Sanders.

Sejarah hidup kolonel Sanders, beliau dilahirkan pada 9 September 1890 di Henryville, Indiana, Amerika Syarikat.Pada usia 6 tahun, ayahnya telah meninggal dunia manakala ibunya tidak mampu bekerja lagi sehingga beliau terpaksa menjaga adik lelakinya yang baru berumur 3 tahun.

Jika kita menceritakan tentang kolonel Sandlers, pasti anda semua mengetahui mengenai kegagalan beliau menawarkan resepi ayam gorengnya ke restoran-restoran. Beliau pernah ditolak sehingga 1009 kali oleh individu dan pemilik restoran ketika menawarkan resepi ayam goreng KFC kepada mereka.

Tetapi untuk artikel ini, bukan itu yang pihak kami akan ceritakan. Sebaliknya kami akan membawakan 7 fakta menarik mengenai pengasas Kentucky Fried Chicken ini yang mungkin anda tidak tahu.

1. Kolonel Sanders bukan seorang kolonel tentera

kolonel sanders, pengasas kfc, kfc, siapa pengasas kfc, kentucky fried chicken, logo kfc, logo kentucky fried chicken

Kolonel Sanders sememangnya seorang kolonel, tetapi beliau tidak memperolehi pangkat kolonel itu ketika berkhidmat dalam tentera. Sebaliknya beliau memperolehi jawatan tersebut daripada Gabenor Lawrence Wetherby, wakil kerajaan negeri Kentucky yang membawa gelaran Kolonel Kentucky kepada dirinya.

Penghormatan ini diberikan kepada individu  yang berkhidmat kepada masyarakat, negeri atau negara. Tiada kewajipan yang perlu dilaksanakan ketika memegang gelaran ini dan tiada gaji yang diterima sepanjang menggunakan gelaran ini.

Antara individu yang yang pernah menerima gelaran Kolonel Kentucky ialah Muhammad Ali, Betty White, George Clooney, Ashley Judd, Johnny Depp, WKU’s Kenny Perry and Elvis Presley.

2. Kehidupannya penuh dengan kegagalan

kolonel sanders, pengasas kfc, kfc, siapa pengasas kfc, cerita pengasas kfc, nama pengasas kfc

Apabila Sanders baru berusia 6 tahun, bapanya pulang dari kerja dalam keadaan demam dan meninggal dunia pada hari yang sama. Ibu Sanders berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak disukai oleh Sanders dan terpaksa meninggalkan sekolah ketika berada di gred 7 untuk melepaskan diri daripada keluarganya.

Sebagai seorang dewasa pula, beliau pernah melakukan pelbagai pekerjaan termasuk sebagai askar, bomba dan jurujual insurans. Beliau berkahwin, kemudian ditinggalkan isteri selepas beliau ditangkap menipu disamping sering bertukar pekerjaan.

Kemudiannya beliau mendapat ijazah didalam undang-undang, namun begitu beliau sekali lagi dipecat kerana terlibat didalam pergaduhan di tempat kerja dengan pelanggan sendiri.

3. Beliau menjual ayam goreng di stesen minyak

kolonel sanders, pengasas kfc, kfc, siapa pengasas kfc

Sanders telah bekerja sebagai jurujual di Kentucky untuk syarikat tayar Michelin, dan hilang kerja pada tahun 1924 apabila Michelin menutup kilang mereka di New Jersey.

Memandangkan beliau ketika itu mempunyai kabel dengan Pengurus Besar Standard Oil of Kentucky, jadi pengurus tersebut menawarkannya peluang untuk beliau berniaga di Stesen minyak di Nicolasville, KY.

Selepas stesen minyak ini ditutup pada tahun 1930 akibat masalah kewangan, Sanders telah diberikan peluang untuk berniaga di stesen minyak di North Corbin, KY pula. Sewanya percuma. Disini Sanders mula menerima cabaran apabila beliau telah menjual ayam goreng di sebuah negara yang gemarkan ham dan steak pada waktu itu.

4. Beliau menjual perniagaan dengan harga $ 2 juta

kolonel sanders, pengasas kfc, kfc, siapa pengasas kfc

Pada tahun 1964, Sanders telah menjadi salah seorang individu yang berjaya didalam mengendalikan francais perniagaan ayam goreng beliau. Walau bagaimanapun, akibat tekanan kerja yang berlebihan, beliau merasakan beliau tidak mampu untuk mengendalikan lagi perniagaan tersebut.

Oleh sebab itu, beliau menjual perniagaan Kentucky Fried Chicken ini dengan harga $ 2 juta dan memperolehi gaji tahunan sebanyak $ 40,000 daripada sekumpulan pelabur.

5. Kolonel Sanders mengutuk restorannya sendiri

kolonel sanders, pengasas kfc, kfc, siapa pengasas kfc, Kentucky fried chicken, mash potato

Setelah perniagaan Kentucky Fried Chicken dijual, pemilik baru KFC masih lagi menggunakan imej korporat yang sedia ada dengan mengangkat kolonel Sanders sebagai duta syarikat tersebut. Beliau melakukan penjelajahan ke seluruh negeri di Amerika untuk merasai sendiri ayam goreng yang dihasilkan oleh KFC di restoran yang berbeza.

Jika beliau tidak suka dengan apa yang beliau lihat atau makan, beliau akan memberitahu staf terbabit dengan menggunakan kata-kata kesat dan sumpah seranah. Sanders sendiri sememangnya terkenal dengan mulutnya yang lancang.

Beliau juga pernah mengatakan kepada salah satu restoran yang dikunjungi , “Ini adalah ayam goreng yang paling teruk yang pernah saya lihat,” dan memanggil kuah yang dirasainya sebagai, “sludge.”

6. Beliau membuka restoran seumpama KFC

kolonel sanders, pengasas kfc, kfc, siapa pengasas kfc

Disebabkan perasaan yang tidak berpuas hati dengan kualiti makanan yang dihasilkan oleh KFC selepas francais itu dijual, Sanders memutuskan untuk membuka restoran yang bakal bersaing dengan KFC menerusi produk yang sama yang dikenali sebagai “The Colonel’s Lady” .

Kemudian KFC menyaman Sanders diatas pembukaan restoran tersebut dan mereka memenangi kes ini dengan pampasan $ 1 juta dolar. Selepas kes terbabit, Sanders menjual restoran tersebut kepada pemilik baru. Restoran itu sehingga kini masih wujud di Shelbyville, KY, tetapi ianya lebih dikenali sebagai “Claudia Sanders Dinner House“.

7. Beliau meninggal dunia ketika berusia 90 tahun

kolonel sanders, pengasas kfc, kfc, siapa pengasas kfc, kentucky fried chicken, fakta menarik tentang kentucky fried chicken, fakta kfc

Pada bulan Jun 1980, Sanders telah disahkan menghidap leukemia dan meninggal dunia pada tahun yang sama di sebuah Hospital Yahudi di Loiusville, KY kerana menghidap radang paru-paru.

Sehingga kematiannya, Sanders masih membuat penampilan klasiknya yang mengenakan suit putih dan janggut putih.