7 haiwan paling beracun di dunia, dekat Malaysia pun ada!
Bukan mudah nak kesan haiwan itu beracun atau tidak. Hal ini kerana, terdapat banyak haiwan paling beracun dunia yang mungkin tidak semua anda tahu.
Bahkan, di Malaysia pun terdapat pemangsa beracun ini. Kalau nak tahu apa haiwan-haiwan tersebut, mari menerokainya di bawah!
HAIWAN PALING BERACUN DUNIA
1. IKAN BUNTAL
Di Malaysia, ikan ini sudah dikenali sebagai hidupan laut yang beracun. Secara tak langsung, Ikan Buntal atau Puffer Fish ini tergolong dalam haiwan paling beracun di dunia.
Racun di tubuhnya dapat menyerang kulit, hati serta ginjal manusia dalam beberapa saat. Hanya dengan racun seekor Ikan Buntal, ia boleh membunuh hingga 30 orang dewasa. Ngeri bukan?
Jadi, jangan jadi berani untuk menyentuhnya!
2. SIPUT KON
Habitatnya banyak ditemui di sekitar perairan Indo-Pasifik, yang termasuk dalam haiwan paling beracun. Siput Kon atau Cone Snail ini muncul dalam pelbagai spesis dan termasuk haiwan laut yang membunuh.
Sebilangan manusia yang disengat Siput Kon ini sering terkena racun yang cukup kuat untuk melumpuhkan serta-merta dan akhirnya membunuh mangsanya. Racun dari satu Siput Kon mempunyai potensi hipotesis membunuh sehingga 700 orang.
3. PLATIPUS
Kalau anda pernah menonton siri kartun Phineas and Ferb, pasti anda biasa melihat haiwan bernama Platipus ini.
Platipus berparuh itik adalah haiwan mamalia yang paling berbisa kepada manusia. Ia boleh ditemui jenis spesies ini di sekitar kawasan Australia.
Platipus jantan boleh menyebarkan racun dari sekitar kakinya. Malah, gigitan dari platipus pun boleh menyebabkan hilang deria rasa pada anggota badan.
4. OBOR-OBOR KOTAK
Obor-obor kotak adalah haiwan air paling berbisa di dunia. Bentuknya seperti kotak dan kelihatan indah ini boleh mengaburi manusia.
Ia juga dikenali sebagai Box Jellyfish, setiap sesungutnya mempunyai sekitar 500.000 penyuntik racun. Racun obor-obor kotak boleh menyebabkan sindrom Irukandji seperti dilaporkan Kosmo.
Di mana, sindrom tersebut membuatkan individu disengat akan memiliki lebihan hormon stres dan protein keradangan. Ini menyebabkan rasa sakit serta mual selama berhari-hari, selain tekanan darah tinggi yang boleh menyebabkan pendarahan serta kematian otak.
Malah, kebiasaannya kebanyakan individu yang mati beberapa minit selepas disengat adalah disebabkan serangan jantung.
5. KATAK RACUN EMAS
Ia juga dikenali dengan nama Golden Poison Frog (Phyllobates terribilis). Agak berbeza dengan katak yang biasa dilihat, spesis ini memiliki kulit berwarna kuning keemasan.
Katak racun emas dipercayai mengandungi racun yang cukup untuk membunuh 20,000 tikus atau 10 manusia. Ia adalah katak paling beracun di bumi kerana ia sangat toksik sehingga menyentuhnya pun boleh berbahaya.
Apa yang menariknya, katak ini mendapatkan racunnya dari makanan seperti semut dan kumbang. Bayangkan saja jika haiwan amfibia ini ada di sekeliling anda tanpa disedari.
6. HOODED PITOHUI
Ini bukanlah jenis burung yang mudah ditemui. Pitohoui adalah burung bertudung yang menyimpan racun pada kulit, bulu dan tisu organnya.
Racun tersebut adalah homobatrachotoxin. Termasuk dalam senarai haiwan paling beracun, ia dapat menyebabkan kerengsaan kulit seperti gatal-gatal dan terbakar, bersama-sama dengan kebas pada manusia saat menyentuhnya.
7. ULAR VIPER
Antara ular paling berbisa di dunia adalah Saw-scaled Viper. Dikenali juga sebagai Carpet Viper dapat ditemukan di Afrika, India, Timur Tengah, Pakistan dan Sri Lanka.
Gigitannya terkenal sangat menyakitkan dan boleh membawa maut pada manusia. Spesies ini adalah salah satu ular yang paling pantas menyerang di dunia, dan kadar kematian bagi mereka yang dipatuk adalah sangat tinggi.
Bahkan, ia pernah memegang rekod dunia untuk menyebabkan lebih banyak kematian manusia setiap tahun berbanding spesies ular lain.
KESIMPULAN
Itu sahaja 7 jenis haiwan paling beracun di dunia yang penulis telah kongsikan. Diharapkan, sekiranya para pembaca pergi melancong ke mana-mana, jauhkan diri anda andai menjumpai haiwan-haiwan tersebut.
Semoga info ini memberikan manfaat kepada semua.