Rakyat persoal kenapa setelah 2 tahun pandemik baru nak wajibkan facemask kelulusan Sirim?
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) baru-baru ini telah mengumumkan bahawa semua pelitup muka bukan perubatan perlu mendapat perakuan serta penandaan cop MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd berkuatkuasa 4 Julai.
Difahamkan keputusan tersebut diambil susulan pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 pada 5 April yang lalu.
Menurut KPDNHEP, pewartaan tersebut bertujuan bagi memastikan pelitup muka bukan perubatan yang dihasilkan sama ada dalam negara atau diimport mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan.
📌 Pelitup muka bukan perubatan perlu perakuan Sirim
📌 Non-medical face mask must have Sirim certification@SIRIM_Berhad @KKMPutrajaya
-Infografik/Infographics- pic.twitter.com/t9BTqOo8w7
— BERNAMA (@bernamadotcom) April 5, 2022
Arahan drastik tersebut bagaimanapun agar kurang disenangi ramai netizen. Malah ia turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuklah pakar perubatan, wartawan dan ahli politik sendiri.
Ini kerana ramai yang merasakan kita sudah berdepan wabak maut ini selama dua tahun dan semakin menghampiri fasa endemik justeru segala peraturan patut dipermudah dan bukan dipersulitkan.
Perkara sama turut dilontarkan Pengasas dan Pengerusi Med Tweet Malaysia, Dr Khairul Hafidz di Twitter.
Saya ingin tanya kepada @kpdnhep apakah rasionalnya untuk pelitup muka bukan perubatan perlu perakuan SIRIM setelah 2 TAHUN pandemik COVID19? Adakah ini KEPERLUAN untuk membuat keputusan polisi ini SEKARANG?
Kita sudah transisi endemik, patutnya dipermudahkan, bukan dipersulit.
— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) April 7, 2022
Malah ada yang tertanya-tanya apakah rasional di sebalik pewartaan tersebut kerana kebanyakan alatan ini sepatutnya mendapat kelulusan Peranti Perubatan Malaysia (MDA) dan bukan SIRIM.
Malah ada juga yang khuatir keputusan ini akan menyebabkan berlakunya lonjakan harga pelitup muka di pasaran. Ini kerana harga permohonan perakuan MS SIRIM agak tinggi.
Kalau camtu.. Face Mask bakal naik harga lagi laa.. kesian rakyat dizalimi.
— Marise Sakura (@MariseSakura) April 6, 2022
So in essence, the whole "SIRIM requirement for masks" thing smells fishy because 1) MDA approval exists, 2) is late 3) smells protectionist for crony-related producers and 4) limits choice
— Oden Fujiyama (@FujiyamaOden) April 7, 2022
The whole 'SIRIM-approved' thing is ridiculous though. So long as a mask is approved by MDA it should be enough.
This also means that any importer of masks is going to go through the hassle of certification and some sellers are just not going to bother bringing in foreign masks.— Erna Mahyuni.ringgit (@ernamh) April 7, 2022
Hampir seharian cari jawapan tetapi tetap musykil.
Kenapa kita sudah merasai pandemik tahun ketiga dan menuju ke fasa endemik tetapi tiba-tiba kena ada logo SIRIM untuk pelitup muka bukan perubatan?
Faktor politik? Sub con?Ekonomi? Cukai? Ada pakar yang sudah huraikan?
— MohdFaizalHassan 🇲🇾 (@f4izalhassan) April 6, 2022
Namun dalam masa sama, ada juga yang menyokong usaha ini kerana ia dapat menapis mask yang berkualiti rendah sekaligus dapat mengutamakan keselamatan para pengguna.
Korang ni dah hilang akal ke pelitup muka tanpa pensijilan minima nak dibenarkan pakai? Awal pandemik dahulu komplen banyak mask putus, cepat koyak dan tak menapis dengan baik. You want safety or no safety? SIRIM been there for a while.
— Effi Saharudin🏴☠️ (@1Obefiend) April 7, 2022
Isu denda RM100,000 jika pengguna pakai mask tanpa cop Sirim hanyalah salah faham
Terdahulu, isu ini turut menjadi perhatian netizen selepas terdapat kekeliruan yang mengatakan bahawa kegagalan mana-mana individu memakai pelitup muka tanpa pengakuan SIRIM akan menyebabkan mereka dikenakan denda RM100,000.
Namun menerusi semakan pada siaran warta tersebut, peraturan tersebut hanyalah untuk pembekal dan penjual individu dan bukan kepada pengguna.
Re: Pelitup Muka SIRIM.
Guys, perintah ini hanya terpakai kepada penjual atau pembekal pelitup muka sahaja.
Peraturan 4 menyebut “mana-mana orang yang membekal atau menawarkan untuk membekal”. pic.twitter.com/j2NzM9ael3
— (┛◉Д◉)┛彡┻━┻ (@ZackAvaricious) April 6, 2022