“Abang, saya menang”, ayat balu Abam ini bikin netizen sebak

“Abang, saya menang”, ayat balu Abam ini bikin netizen sebak

Isteri kepada arwah Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali Jumaat lalu telah menang dalam kes saman fitnah yang difailkannya terhadap adik iparnya, Ali Puteh.

Hakim Zulqarnain Hassan telah memerintahkan Ali Puteh membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.

Hakim turut menolak saman fitnah Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya terhadap Hidayah dan usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri.

Setelah meneliti hujah peguam dan keterangan saksi, hakim berkata pihak yang mengejar harta bukannya Hidayah sebaliknya plantif.

Bersyukur dengan keputusan hakim, ibu tunggal kepada seorang anak ini meluahkan rasa syukur kerana namanya akhirnya telah bersih.

Hidayah turut menyertakan hashtag ‘Abang sayang menang’, ‘berkat doa semua orang’ dan ‘berkat doa anak yatim’.

Difahamkan selepas kes di mahkamah selesai, Hidayah telah menyumbangkan buah-buahan kepada sebuah surau sebagai tanda meraikan kemenangannya.