‘Ada rumours kata saya kahwin dua, tapi tak betul’ – Peja
KHABAR angin tidak semestinya betul, demikian kata Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengulas khabar angin Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Zuraida Kamaruddin akan meninggalkan parti itu untuk menyertai parti lain.
“Ada juga rumours yang kata saya kahwin dua. Tapi rumours tak semestinya betul. Yang keduanya, ada juga masa saya tak berapa gembira dengan isteri saya, tak semestinya saya nak kahwin dua.
“Sebagai sebuah parti yang besar, tentu ada kalangan ahli rasa tak puas hati, tapi tak sampai tahap nak pecah-belahkan parti,” kata Timbalan Presiden Bersatu itu dalam satu sidang media hari ini.
Baru-baru ini, terdapat khabar angin kononnya Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, bersama beberapa Ahli Parlimen dalam proses menubuhkan parti pelbagai kaum baharu.
Dilaporkan satu parti politik Sarawak yang sedia ada akan diubah nama dan ia dijangka dilancarkan dalam masa terdekat.