Akhirnya Pas mengaku tidak dijemput ke Perhimpunan Agung Umno

Akhirnya Pas mengaku tidak dijemput ke Perhimpunan Agung Umno

TIDAK seperti tahun lalu, PAS kali ini tidak menerima jemputan bagi menghadiri Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021 yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Putra (WTC) di Kuala Lumpur.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menjawab pertanyaan media sama ada parti itu dijemput hadir ke PAU atas dasar rakan dalam Muafakat Nasional (MN)

“Tiada (jemputan) setakat saya jadi Setiausaha Agung, saya tak terima jemputan untuk hadir (PAU) jadi kita tak hadir.

“PAS dan UMNO masih dalam kerajaan dan kita berperdana menterikan Umno dan BN (Barisan Nasional),” katanya memetik laporan Astro Awani hari ini.

Mengenai pelantikan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar Johor yang baharu, Takiyuddin berkata PAS menyambut baik perkembangan itu sejajar kehendak Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Menurut, berdasarkan undang-undang negeri itu, Sultan Johor mempunyai kuasa mutlak dalam pelantikan seseorang Menteri Besar tanpa memerlukan nasihat mana mana pihak.