Akhirnya Tabung Haji pulih, kita nak tengok komen yang fitnah macam-macam dulu

Akhirnya Tabung Haji pulih, kita nak tengok komen yang fitnah macam-macam dulu

TABUNG HAJI PULIH, UJSB PENYUMBANG TERBESAR

Melihat kepada Laporan Tabung Haji 2019 ini ternyata langkah Menteri Agama dahulu (Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa) bukan langkah biasa. Ia adalah langkah luar biasa yang tidak pernah ada duluan (precedent) sebelumnya.

Pada tahun 2018 TH dah hampir melingkup. Bayangkan tuan puan, kalau TH melingkup pastinya bencana besar kepada umat Islam.

Apabila dibuat penstrukturan, pelbagai fitnah dan tohmahan ditabur. UJSB (Urusharta Jamaah Sdn Bhd) ditohmah sebagai syarikat cina padahal ianya syarikat MOF. TH jual tanah dan aset bawah nilai kepada cina. Mujahid lelong aset orang Islam. Mujahid jual hotel TH. Macam macam lagi.

Kini, melalui laporan rasmi TH semua orang dapat baca. Kita nak tengok komen yang fitnah macam macam dulu. Kat mana mereka ini sekarang.

Kalau tengok dari segi urustadbir pula, mesyuarat yang patut dibuat 3 bulan sekali tetapi dibuat 3 kali sebulan pula. Inilah yang orang kata nak pelingkup TH tetapi hasil dedikasi mereka ternyata pembetulan yang dibuat itu berjaya pulihkan kembali penyata kewangan TH.

Satu lagi, mana orang yang war war nak buat RCI TH tu. Jangan lupa semak laporan TH ini juga.

Zulqarnain Lukman
Peguam