Aksi ibu gajah selamatkan anak tersangkut di tayar tular di laman sosial

Aksi ibu gajah selamatkan anak tersangkut di tayar tular di laman sosial

 

Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah berkorban nyawa. Demikian bait lirik yang menggambarkan betapa besarnya kasih insan bergelar ibu tidak kira manusia mahupun haiwan.

Dalam perkongsian video kali ini, aksi seekor gajah dan anaknya membuktikan betapa besarnya kasih sayang itu, menurut laporan FMT.

Klip yang dimuat naik di Twitter itu menunjukkan kaki seekor anak gajah telah tersangkut di buaian yang diperbuat daripada tayar dan gagal untuk keluar dari situ.

Video itu dikatakan cukup comel berikutan reaksi ibu gajah yang seolah memarahi buaian tersebut dan cuba mencampaknya sebaik anaknya berjaya dibebaskan.

Rakaman bermula dengan gelagat seekor anak gajah yang sedang bermain di sebuah kawasan terbuka.

Tiba-tiba kaki belakang anak gajah itu tersangkut di buaian. Ketika bergelut, ibu gajah dilihat bergegas ke arah anaknya. Selepas beberapa usaha, akhirnya anaknya berjaya dibebaskan dari buaian tersebut.

Sejak dimuat naik di Twitter, video tersebut berjaya meraih tontonan lebih 23,500 kali.

Malah ruang komen juga meriah dengan pelbagai maklum balas dari warganet yang cukup terhibur dengan perkongsian tersebut.

Kebanyakan warganet bersetuju, tingkah laku ibu gajah itu tidak banyak berbeza dengan manusia.