Aksi memukau TMJ di atas padang dapat pujian netizen
TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memang dikenali sebagai seorang yang bukan sahaja ‘gilakan’ bola sepak, malah memiliki kemahiran tinggi dalam sukan tersebut.
Tunku Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) pernah beberapa kali mempamerkan kemahiran baginda dalam aksi persahabatan sehingga mencetuskan rasa kagum peminat bola sepak.
Terbaharu, Tunku Ismail memperagakan aksi hebat ketika bermain dalam satu perlawanan persahabatan bersama media, bekas pemain serta petugas JDT di Stadium Sultan Ibrahim di Johor Bahru.
Antara yang turut beraksi dalam perlawanan itu ialah Shukor Adan, Safee Sali serta Hairuddin Omar.
Namun sudah pasti aksi TMJ yang memakai jersi nombor 93 paling mencuri tumpuan.
Menerusi satu video berdurasi satu minit 32 saat dikongsi di Twitter Johor Southern Tigers, memaparkan rangkuman aksi-aksi TMJ dalam perlawanan tersebut.
JDT FAMILY FOOTBALL FRIENDLY & BBQ WITH EX-PLAYERS & MEDIA pic.twitter.com/TPEqoszRzV
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) December 12, 2021
Tunku Ismail bukan sahaja melakukan hantaran ‘through pass’, ‘crossing’ serta kemahiran menggelecek, malah menjaringkan gol.
Susulan itu ramai netizen memuji aksi hebat baginda dengan ada antaranya bergurau supaya JDT membeli segera pemain berjersi nombor 93 untuk memperkuatkan skuad itu bagi saingan Liga Malaysia musim 2022.