Aksi pukul punggung: Dato’ Vida kata itu cara dia tayang aset badannya

Aksi pukul punggung: Dato’ Vida kata itu cara dia tayang aset badannya

Berhubung video tular memaparkan aksi menayang dan menepuk punggung, usahawan sensasi Datuk Seri Vida mengakui tiada niat untuk mengundang kontroversi sehingga mendapat kecaman netizen.

Menurut laporan Kosmo! Online, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkata, dia mempunyai pilihan untuk menayang ‘aset’ walaupun usianya semakin lanjut.

“Itu cara saya tayang kekayaan ‘aset’ selain duit. Mempunyai punggung yang cantik sebenarnya aset juga.
“Terpulang orang punya penerimaan tapi kita walaupun sudah berumur tak bermakna, tak boleh tayang aset kita, lagi pun itu video kita bergurau dengan rakan-rakan kita yang rapat,” katanya, lapor Kosmo.

Namun begitu, usahawan berusia 51 tahun itu menafikan dakwaan kononnya dia seorang yang jahil tentang agama kerana aksi tersebut hanya gurauan antara rakan-rakan perniagaan.

“Ada duit tak guna kalau kendur sini sana. Saya bukan jahil tentang agama tapi tolonglah jangan pandang negatif sahaja. Sikit-sikit nak kecam saya.
“Bergurau dengan rakan-rakan sahaja bukannya saya berjoget terkinja-kinja pun. Ada orang beri nasihat, saya terima dan kita belajar sama-sama kesilapan yang telah terjadi,” kongsinya.

Terdahulu, pengasas jamu Liana Rosli atau popular dipanggil sebagai Kak KM memuat naik video berkenaan di laman Instagram memaparkan aksinya menepuk punggung Vida selain Ifa Raziah dan Cheta Pot Pet.

Difahamkan, mereka berkumpul selepas sidang media bagi mempromosikan Karnival Usahawan Negara yang akan diadakan tidak lama lagi.