Aku pensyarah, aku bangga dikecam ibu bapa!

Aku pensyarah, aku bangga dikecam ibu bapa!

AKU DULU PENSYARAH YG PERNAH KENA KECAM PARENTS, TAPI AKU BANGGA

ISU LAPUK tapi lambat nak komen. Kalau komen awal-awal, ramai yang tengah panas. Saya ulang-ulang dengar apa yang prof ni cakap. Ada 1 perkataan yang buat saya offended apabila beliau melabel “B40” secara umum. Sebagai warga Malaysia yang dibesarkan dalam kalangan B40, saya terasa. Macam Arwah Pak Jak (Cikgu Biologi) saya yang sampai ke SPM saya tak bertegur dengan beliau bila beliau generalize “Budak Felda semua jenis pemalas”. Aku berdendam, tapi aku revenge dengan berikan A1 dalam bio tahun 1995 SPM, English College.

Namun begitu, saya mohon warganet lihat bab lain juga. Kita dissect point-point ini ya.

1. Prof ni cakap dah betul. Antara gelang dan sebuah komputer, gelang tu patut jual belikan computer. Dengan adanya computer, banyak lagi gelang boleh dibeli kalau computer itu adalah laluan belajar.

2. Dulu kalau nak belajar tapi tak ada buku, nak belajar macam mana? Sekarang betul dah, computer ialah KEPERLUAN bukan lagi pilihan.

3. Semester 1 kalau tiada computer, alasan masih valid kerana B40. Tetapi setelah sem 5 masih belum ada computer, alasan B40 atau tidak mampu sangat tak valid. Lagipun, computer setakat belajar document bukan spec tinggi. Ini bukan kelas Animasi 3D atau editing video.

4. Saya pun B40 dulu dan tiada computer sampai grad. Hari-hari bertemu tangga depan lab untuk guna computer lab. Tahu pentingnya computer, saya pastikan adik-adik semua dapat computer seawal sem 1.

5. Jadi lecturer ni, ada pilihan. Kalau tak garang pun gaji sama juga. Kalau jadi garang, lagi sakit hati tapi gaji tetap sama. Tak ada penilaian gaji dari indeks kegarangan pensyarah. Maka, pensyarah garang indikasi keikhlasan dia dalam mengajar. Sebagai bekas pensyarah universiti, saya melalui fasa pensyarah garang pada awal-awal. Kelas saya menghasilkan banyak award winning artwork peringkat nasional. Tapi bila parents kepada pelajar-pelajar pemalas mula komplen pada President, saya dinasihatkan untuk tidak terlalu serius. Maka, semester hujung-hujung saya di universiti itu, saya jadi lecturer yang biasa-biasa jer, asal gaji masuk. Frankly, kalau penting diri sendiri, saya buat bodo jer dengan yang malas-malas. Bagi lulus jer sebab taknak jumpa lagi muka mereka dalam sem repeat. Sem hujung-hujung tu, tiada yg boleh dibanggakan.

6. Akhlak pelajar, kalau dah dapat ilmu kalau tak mahu berterima kasih sekalipun, tanam dalam diri yang kita tak meludah semula tempat kita menuntut ilmu. Jangan kencing di kolam yang kita minum.

7. UITM tak perlu gantung pensyarah hanya sekadar melakukan satu tindakan populis berdasarkan suhu kemarahan wargamaya. Semua yang dikatakan oleh pensyarah itu betul, sekadar minta maaf kerana menyinggung golongan B40.

8. Akhir sekali, benda dalam kelas bukan untuk paparan umum. Kalau kau lihat bagaimana seorang ibu dan seorang bapak mendidik anak mereka dan dipapar pada umum semuanya, kamu akan lihat tak semua adalah pendekatan yang favorable. Kalau semua dikongsi, memang banyak parents jadi viral. Tapi kita lihat hasil pendidikan itu. Anak jadi kenal adab, anak jadi rajin belajar, anak jadi berdisiplin. Sama juga dengan pensyarah. Di MMU ada seorang pensyararh bernama Azhar Che Mat, kalau assignment final dateline dia ialah hari ini jam 12 pm, kamu hantar jam 12.01 pm, kamu pasti akan bertemu beliau di semester berikutnya kerana assignment itu tak akan diterima sekalipun kau merayu-rayu gedik dengan baju ketat kau. Hasilnya, ramai award winning student dari kelas pensyarah ini. Kalau ikutkan wargamaya mesti akan komen macam-macam seperti:

“Takkan tak ada budibicara”
“takkan tak bertimbangrasa”
“Setiap orang ada masalah”
“Mungkin terlewat sebab solat Duha”
Yang akhirnya, Wargamaya juga yang sempurna, orang lain semua tak betul.

Jika kita nak marah sangat dengan guru kita, sentiasa fikirkan apa ilmu yang telah kita dapat, maka marah kita tu berlapik. Jika membenci seseorang, fikirkan kebaikannya maka dendam kita berpada.

Jika nak memuja seseorang, fikirkan juga mereka sama macam kita yang tidak maksum, maka pemujaan itu berbatas.

Prof itu pun manusia yang buat silap. Kenang kebaikannya.

Sekian into the scene.

SAIFUL NANG
Bekas Pensyarah RMIT / LKWU

Notakaki : Orang yang berjuang mesti akan lakukan kesilapan dan terluka. Cara terbaik untuk mengurangkan kesilapan ialah TIDUR sahaja. Salahnya cuma 1 sahaja iaitu “banyak tidur”.