Aliff Syukri jual durian serendah RM5 sekilo

Aliff Syukri jual durian serendah RM5 sekilo

 

Jika anda mengikuti Instagram Datuk Seri Aliff Syukri, pasti tahu usahawan sensasi itu dilihat sedang ligat menjual durian hasil daripada kebunnya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Aliff dilihat ada berkongsikan video ladang duriannya serta memaklumkan durian akan dijual di wismanya terletak di Kota Damansara, Selangor.

Lebih menarik, Aliff turut berkongsikan durian yang dijualnya bermula pada harga RM5 sekilo dan dia mempunyai pelbagai jenis durian untuk dijual.

“Ladang durian saya.. cantik tak?? Jumpa anda semua ni di Wisma DHerbs Sek 8 Kota Damansara.. durian akan mendarat setiap hari walaupun hari minggu.. hari ni kami sampai stok banyak yaa.. apa pun bisnes utama saya kosmetik.

“Terima kasih yang dah beli. Syukur sambutan durian hasil tanaman saya dah berhasil.. 3 hari berniaga hasil memang best… esok buah duri hitam ada 300 biji sekilo dan musang king ada 500 biji, udang merah dan tembaga emas ada 1,000 biji kampung ada 3,000 biji.. harga bermula RM5 sekilo.

“Kalau kira biji saya kasi happy hour RM3 sebiji.. siapa cepat dia dapat so kena datang awal,” katanya.

Sementara itu, dalam perkongsian lain Aliff turut memuat naik semua tangkap laya postingnya pada 2017 dimana dia menanam durian disebabkan arwah bapanya, Kamarzaman bin Kamarudin.

“Sebab ini lah..Kenapa saya tanam durian..tapi yang sedih abah tak dapat nikmati hasil kebun saya sendiri.. dulu nak beli sebiji durian pun tak mampu.. kalau saya ada duit dapat belikan abah durian itu satu nikmat.

“Kalau arwah abah ada dan tau Kri dah ada ladang durian mesti abah happy malah kri jadi tokey durian sekarang.. rindu abah yang amat sangat Al-Fatihah untuk arwah abah saya Kamarzaman bin Kamarudin,” tulisnya.