Anak menangis kena hina di sekolah sebab miskin dan ada adik cacat

Anak menangis kena hina di sekolah sebab miskin dan ada adik cacat

 

Sikap segelintir pelajar sekolah yang suka mengejek atau menghina rakan yang lain bukanlah sesuatu yang baru, bahkan perkara tersebut masih berlaku sehingga ke hari ini.

Sesetengah pelajar yang menjadi mangsa penghinaan mungkin mampu menghadapi situasi itu dengan sabar, namun jika sudah keterlaluan hati mana yang mampu bertahan.

Kanak-kanak menangis selepas pulang dari sekolah kerana dihina rakan

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang kanak-kanak menangis selepas pulang dari sekolah kerana mendakwa dia dihina oleh rakannya di sekolah.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @yusrinayusoff98, kelihatan murid perempuan itu sedang menangis teresak-esak sambil menceritakan kejadian yang berlaku di sekolah kepada ibunya.

Rakan buli secara mental, hina miskin dan ada adik cacat

Difahamkan, rakan-rakan di sekolah telah membuli kanak-kanak itu secara mental dengan menghinanya sebagai miskin serta mempunyai adik yang cacat.

“Hari ini kakak Haris balik menangis sebab kawan-kawan di sekolah hina adik dia cacat, kaki terkulai, orang susah dan bod*h.

“Ya Allah, kecil-kecil dah tak ada adab. Kesianlah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@yusrinayusoff98

HARINI KAKAK HARIS BALIK MENANGIS SEBAB KAWAN2 DISEKOLAH HINA ADIK DIA CACAT , KAKI TERKULAI , ORANG SUSAH , BODOH .. YAALLAH AII KECIK2 DAH TAK ADA ADAB ..KESIAN LAA 😭

♬ original sound – Yusrinayusoff98 – Yusrinayusoff98

Susulan itu, wanita terbabit ingin mengambil tindakan dengan pergi ke sekolah anaknya untuk bertemu dengan guru disiplin dan menceritakan tentang hal tersebut agar tindakan sewajarnya boleh dikenakan kepada murid-murid yang mengina kanak-kanak itu.

Pihak sekolah akan menyiasat perkara ini

Menerusi satu lagi perkongsian video di laman TikToknya, dia berkata pihak sekolah akan menyiasat perkara ini terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan lanjut.

“Tadi pagi ibu kakak Chenta sudah pergi berjumpa dengan pihak sekolah. Pihak sekolah akan siasat perkara ini dengan lebih mendalam,”

“Kepada ibu bapa nasihatlah kepada anak supaya tidak melakukan perbuatan buli mental terhadap rakan-rakan sendiri,” tulisnya dalam video.

@yusrinayusoff98

Replying to @NazarulKhairi DOAKAN YANG BAIK BAIK ..

♬ original sound – Bed Muo – Cik Bed Muo

Netizen sebak dan doakan kanak-kanak tersebut kuat hadapi dugaan ini

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut berasa sebak melihat tangisan kesedihan kanak-kanak itu kerana dihina rakannya di sekolah.

Malah netizen juga turut mendoakan agar murid perempuan itu terus kuat dan cekal menghadapi dugaan hidupnya.