Anak Zahid Hamidi jadi duta facemask cop SIRIM

Anak Zahid Hamidi jadi duta facemask cop SIRIM

Beberapa hari lalu, isu penguatkuasaan perakuan dan penandaan Sirim bagi pelitup muka bukan perubatan masih menjadi perdebatan dan rasa tidak puas hati wargamaya dari pelbagai sudut.

Malah, anak Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah turut terkena tempiasnya menerusi beberapa ciapan pengguna di laman Twitter.

Semua berpunca apabila tular gambar kotak pelitup muka dikatakan mempunyai kelulusan Sirim yang memaparkan wajah Nurulhidayah sebagai duta produk berkenaan.

“Kenapa kalau face mask tu ada perakuan Sirim? Saya tak boleh jadi duta produk yang legit ke?

“Biarlah nak viral pun, selama ni apa yang tak viral tentang Zahid Hamidi dan anak Zahid? Orang nak mengata dan terus mengata itu hal masing-masing.

“Saya percaya pada freedom of speech (kebebasan bersuara) dan hari akhirat, simple,” katanya menerusi temu bual bersama mStar Online, semalam.

Bagi Nurulhidayah atau mesra dipanggil Kak Long, dia tidak melatah sebaliknya memegang prinsip terus memandang ke hadapan tanpa menyusahkan kehidupan orang.

“Saya tak susahkan orang dan tak kacau hidup orang. Kalau orang nak kacau hidup saya, bukan masalah saya

“Itu masalah dia dengan diri dia sendiri. Buat apa nak pening-pening,” ujar wanita berusia 43 tahun itu. 

Sementara itu, beliau juga berkongsi cerita berhubung pemilihan dirinya sebagai duta produk tersebut yang disifatkan dapat membantu salah seorang rakan bagi mengusahakan kedai menjual pelitup muka.

Rakan berjanji akan pastikan produknya ‘legit’

Saya dapat apa ? Tak ada!

Terdahulu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan penangguhan pelaksaan pelitup muka Sirim tersebut dari 4 Julai ini kepada 1 Januari tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas mengambil kira maklum balas umum.