Anwar laung semboyan, ayuh selamatkan Melaka!

Anwar laung semboyan, ayuh selamatkan Melaka!

 

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata jentera pilihan raya Pakatan Harapan (PH) perlu siap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November ini.

Presiden PKR itu, berkata walaupun pihaknya tidak bersetuju dengan pelaksanaan PRN Melaka namun parti itu perlu bersedia untuk menghadapinya.

“Semalam bersama pimpinan dan jentera PKR Melaka bagi sesi penerangan berhubung pengumuman Pilihan Raya Negeri (PRN) oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Meski kurang bersetuju dengan pengumuman yang dibuat, jentera parti harus bersiapsiaga dan membuat persiapan termasuk kemungkinan menghadapinya,” katanya menerusi Facebook, lapor Malaysiapost.

Malah, Anwar berkata, beliau turut menasihati penggerak jentera parti dan PH untuk mengutamakan nasib rakyat pebagai kaum yang melarat saat ini demi menyelamatkan negeri itu.

“Saya nasihatkan kepada penggerak jentera parti dan PH untuk mengutamakan nasib rakyat pebagai kaum yang melarat saat ini. Jadi ayuh kita selamatkan Melaka!,” katanya.

Semalam, SPR mengumumkan hari pengundian PRN Melaka pada 20 November depan, pengundian awal pada 16 November manakala penamaan calon pada 8 November.