Apa keperluan Jovian ikut rombongan PM ke Jepun? Soal Netizen

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu negara Jepun pada 23 Mei lalu bagi memulakan lawatan kerja rasmi ke Jepun, dengan beberapa pertemuan berprofil tinggi diatur bagi memenuhi lawatan enam hari itu.
Menurut Vocket, pertemuan ini akan memberi peluang kepada Malaysia dan Jepun berbincang mengenai inisiatif mengukuhkan lagi hubungan sedia ada antara dua negara dan kolaborasi pelbagai bidang.
PM @IsmailSabri60 bertemu Datuk Bandar Itabashi Takeshi Sakamoto pada Selasa sempena lawatan rasmi sulungnya ke Jepun
📸 Dayana Nabila / BERNAMA pic.twitter.com/cbtOAFUe3p
— BERNAMA (@bernamadotcom) May 24, 2022
Namun, apa yang kurang senang dari lawatan ini adalah apabila netizen mula persoalkan kehadiran Jovian Mandagie dalam lawatan rasmi Ismail Sabri ke Jepun selepas salah satu gambar yang dimuat naik oleh laman berita Bernama tular di media sosial.
Dalam gambar tersebut, kelihatan Jovian yang memakai sut kelabu gelap, berkaca mata serta memakai pelitup muka keluarannya sendiri.
Jovian ikut? Apahal? Apa kapasiti dia? Nak jual kimono pulak lepas ni? https://t.co/Po0rUdk6LH
— Mustafa Akmal™ 🇲🇾 (@mustafaakmal_) May 24, 2022
Kita ingat PM kita bapak dafi, rupanya bapak Jovi. Menantu dapat makan lebih 🤣 https://t.co/P2mzCO0ZiE
— Hahn Zulkifli 🕶 (@hahnzulkifli) May 25, 2022
Aku haramkan duit cukai yg aku bayar untuk penumpang2 lawatan yang takde kaitan dengan urusan rasmi ni. Sekian. https://t.co/AOV5zzmqAI
— Riez 🇲🇾 (@rizastateofnine) May 24, 2022
Beliau yang juga menantu Ismail Sabri turut memuatnaik satu Instagram Story yang menunjukkan keberadaan beliau di Jepun. Namun Stories itu kemudiannya dipadam selepas netizen mempersoalkan kehadiran beliau di sana.
Suratan atau kebetulan 🫣 https://t.co/cw4md7i4HV pic.twitter.com/J5wPuvSKws
— Noor Suhana Ishak 🇲🇾 🏴 (@cek_suhana) May 24, 2022
Untuk rekod, sehingga kini tiada apa-apa kenyataan daripada Jovian mahupun pihak berwajib mengenai keperluan Jovian mengikuti lawatan rasmi Perdana Menteri ke Jepun.