Apa rahsia lelaki ini dapat 8 isteri cantik-cantik?

Apa rahsia lelaki ini dapat 8 isteri cantik-cantik?

Mungkin apa yang lelaki ini berjaya lakukan akan dijadikan bahan bukti untuk memujuk isteri selepas ini, haha! Baru-baru ini kecoh pula tentang seorang pelukis tatu di Thailand apabila mempunyai lapan orang isteri muda cantik yang tinggal sebumbung dalam suasana bahagia.

Lelaki yang dikenali sebagai Ong Dam Sorot itu berkongsi kisah bahagia keluarga besarnya dalam satu program di Thailand dan berjaya menarik perhatian seluruh dunia.

Sorot turut memperkenalkan seorang demi seorang isteri mudanya yang berkongsi bagaimana mereka bertemu dan bersetuju untuk berkahwin dan bermadu dengan isteri-isteri lain.

Lapan isteri turut beritahu suami mereka sebagai lelaki paling baik, bertimbang rasa dan mudah bergaul

SOROT ketika bersiar-siar bersama isteri-isterinya.

Kata Sorot, dia bertemu isteri pertama, Nong Sprite di majlis perkahwinan rakannya dan melamarnya terus untuk berkahwin, sementara isteri kedua, Nong L ditemui di pasar dan Nong Nan, isteri ketiga di hospital.

Isteri keempat hingga keenam pula berkenalan melalui aplikasi Facebook, Instagram dan TikTok. Sehinggakan ketika ke kuil bersama ibunya, Sorot turut berjaya memikat isteri ketujuh.

Isteri terbarunya pula iaitu kelapan dikenali semasa bercuti di Pattaya bersama empat isterinya. Lain level brader ni, bawa isteri bercuti pun sempat lagi cari isteri baru.

Bagi kami isteri pertama paling kental weh! Agaknya macam mana Sorot ni ayat nak bermadu?

Berdasarkan apa yang diceritakan isteri pertama, Sorot jujur sampaikan hasrat untuk bermadu dan itu membuatkan dia bertambah sayang kepada suaminya dan bersetuju.

Isterinya yang lain juga turut bersetuju untuk berkahwin dengan Sorot walaupun sudah mengetahui bakal suami sudah ada banyak isteri kerana terpikat dengan budi baik Sorot.

Lapan isteri Sorot sekarang tinggal dalam bilik berasingan di mana dua orang setiap bilik. Mereka juga tiada masalah untuk mengikut giliran untuk bersama-sama suami. Bahagia betul bila dengan cerita Sorot ni. Kuikui!