Apa yang anda perlu tahu sebelum tempah tiket kapal terbang ke Langkawi?
DALAM persiapan rancak AirAsia untuk kembali terbang ke destinasi percutian bermula dengan Langkawi pada 16 September ini, AirAsia ingin memberikan jaminan bahawa kesihatan dan keselamatan tetamu sentiasa menjadi keutamaan kami.
AirAsia telah membangunkan pelbagai inovasi dan pembaharuan teknologi tanpa sentuh yang membolehkan para tetamu terbang dengan lebih selesa dan selamat. Ini termasuklah sistem daftar masuk yang mudah dan pantas yang membolehkan tetamu memuatnaik dokumen kesihatan dan vaksinasi mereka untuk pengesahan segera melalui airasia Super App sebelum ke lapangan terbang. Jadi, anda tidak perlu lagi beratur untuk ke kaunter atau bersesak di lapangan terbang.
AirAsia memastikan prosedur operasi dilaksanakan dengan standard tertinggi termasuklah dengan menugaskan hanya kru penerbangan yang telah divaksinasi sepenuhnya untuk mengendalikan pesawat.
Manakala ciri-ciri keselamatan pesawat itu sendiri seperti sistem pengudaraan dan penapis berkuasa tinggi yang digunakan di dalam kabin juga menjamin udara yang paling bersih untuk para tetamu.
Tidak hairanlah sistem penerbangan diperakui sebagai kaedah pengangkutan yang paling selamat di dunia, sepertimana yang dibuktikan melalui pelbagai kajian dan penyelidikan antarabangsa.
Sebelum menempah tiket penerbangan AirAsia anda, sila pastikan perkara-perkara berikut untuk menjamin perjalanan yang lancar:
Pastikan anda (dan keluarga) layak untuk melakukan perjalanan. Sila semak jika ada sebarang peraturan atau syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan untuk ke Langkawi dan destinasi lain. Ini termasuklah keperluan menyediakan dokumen kesihatan dan perjalanan. Syarat-syarat ini mungkin akan berubah dari semasa ke semasa, jadi sila dapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa berkaitan terlebih dahulu.
Semua tetamu perlu mendaftar masuk secara kendiri. Langkah ini adalah untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan mengurangkan kesesakan di lapangan terbang. Mendaftar masuk kendiri amat mudah dan ianya boleh dilakukan melalui airasia Super App atau laman web airasia.com bila-bila masa 14 hari sebelum penerbangan. Anda hanya perlu mengimbas atau memuat naik sijil vaksinasi atau dokumen kesihatan yang diperlukan semasa proses mendaftar masuk untuk pengesahan segera.
Sila ambil maklum:
Daftar masuk melalui kaunter hanya untuk tetamu kurang upaya, tetamu yang membawa bayi (bawah usia 24 bulan), dan tetamu bawah umur yang terbang sendiri.
Caj daftar masuk kaunter akan dikenakan kecuali untuk kategori tetamu yang dinyatakan di atas.
Pastikan anda tiba lebih awal di lapangan terbang. Para tetamu digalakkan untuk tiba sebaik-baiknya 4 jam sebelum masa berlepas untuk memenuhi semua proses yang diperlukan. Pasukan khidmat pelanggan kami bersedia membantu sebarang pertanyaan dari tetamu.
Pakai pelitup muka sebelum, semasa dan selepas penerbangan. Pakai pelitup muka perubatan jenis tiga lapis seperti yang disarankan pihak berkuasa kesihatan, atau gunakan pelitup muka berganda untuk perlindungan yang lebih baik. Pelitup muka dengan injap terbuka tidak dibenarkan di dalam penerbangan AirAsia.
Berikut adalah beberapa tip bagi anda mendapatkan pengalaman perjalanan yang lebih selesa dan lancar bersama AirAsia.
Manfaatkan airasia Super App sepenuhnya. Bagi yang belum memuat turun aplikasi ini, kami sarankan anda berbuat demikian sekarang. Ia adalah satu-satunya aplikasi perjalanan yang anda akan perlukan, bermula dengan tempahan penerbangan dan penginapan, daftar masuk, pengesahan dokumen kesihatan sehinggalah kepada pas masuk elektronik dan pelbagai perkhidmatan semasa dalam penerbangan. Jika anda membuat perjalanan berkumpulan atau bersama keluarga, sila pastikan setiap tetamu mempunyai airasia Super App pada telefon pintar mereka. (Psst… Inilah aplikasi bagi anda mendapatkan tawaran promosi perjalanan terhebat dan menikmati pelbagai perkhidmatan lain untuk gaya hidup anda.)
Cetak tag bagasi melalui kiosk tanpa sentuhan di lapangan terbang dan daftar masuk bagasi secara kendiri. Jika anda mempunyai bagasi daftar masuk, jangan lupa untuk membuat pra-tempahan dalam talian semasa membeli tiket penerbangan atau sehingga 4 jam sebelum penerbangan anda untuk menikmati penjimatan terbaik. Selepas mendaftar masuk secara kendiri, anda boleh mengimbas kod QR pada pas masuk elektronik anda untuk mencetak tag bagasi di kiosk dan kemudian mendaftar masuk bagasi secara kendiri.
Perlepasan secara berperingkat. Untuk memastikan kelancaran dan meminimumkan sentuhan sesama para tetamu dan dengan kru kabin, perlepasan akan dilakukan dari barisan belakang (Zon 2), diikuti dengan barisan tengan (Zon 3) dan akhir sekali barisan hadapan/Hot Seats (Zon 1). Proses turun dari pesawat juga akan dibuat secara berperingkat setiap 3 barisan.
Terus berhubung dengan AirAsia WiFi semasa penerbangan. Kini anda boleh merujuk menu sajian Santan, katalog Bebas Cukai, majalah penerbangan, serta menikmati kandungan hiburan digital secara percuma menggunakan peranti anda sendiri. Dengan internet berkelajuan tinggi kami, anda juga boleh berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan, dan mengakses perkhidmatan airasia Super App yang lain semasa penerbangan.
Pembayaran tanpa sentuhan. Semua kaunter perkhidmatan AirAsia di lapangan terbang di Malaysia kini menerima pembayaran digital menggunakan e-dompet, perbankan dalam talian dan transaksi kad kredit/debit.
Akhir sekali, sila ambil maklum perkara-perkara berikut supaya anda mendapat ketenangan fikiran sepanjang perjalanan.
Hanya kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya akan bertugas. Semua penerbangan AirAsia hanya akan dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya. Begitu juga dengan kakitangan operasi dan pengendali bagasi di terminal.
Penapis Udara Berkecekapan Tinggi (HEPA). Udara di dalam pesawat sentiasa mengalir dari siling ke bawah sebelum diserap oleh penapis HEPA berkecekapan tinggi yang biasanya digunakan di dewan pembedahan hospital. Semua pesawat AirAsia dilengkapi dengan penapis HEPA yang berkuasa menapis 99.99% zarah debu dan bahan cemar udara termasuk virus dan bakteria. Udara kabin disegarkan sepenuhnya pada setiap tiga minit untuk memastikan kualiti udara tertinggi sepanjang penerbangan anda.
Pembersihan pesawat secara menyeluruh. Semua pesawat AirAsia disanitasi selepas setiap penerbangan dan setiap malam pula akan menjalani prosedur pembersihan menyeluruh selama 2 jam seperti yang disarankan pihak berkuasa.
Peralatan Perlindungan Diri (PPE). Semua juruterbang, kru kabin, kakitangan khidmat tetamu dan pengendali bagasi AirAsia akan memakai PPE semasa bertugas dan sepanjang penerbangan termasuk pelitup muka dan sarung tangan. Semua kru kabin telah dilatih untuk mengendalikan sebarang situasi kesihatan yang membimbangkan ketika dalam penerbangan.
Penyediaan sajian dalam penerbangan mengikut peraturan ketat. Pastikan anda membuat pra-tempahan sajian dalam penerbangan terlebih dahulu, kerana hidangan yang tersedia semasa penerbangan mungkin terhad kerana kami ingin memastikan standard kebersihan dan keselamatan tertinggi sepanjang masa. Makanan atau minuman dari luar tidak dibenarkan di dalam semua pesawat AirAsia.
AirAsia merupakan salah satu penerbangan pertama di dunia yang menerima pengiktirafan tertinggi 7/7 daripada pakar-pakar penerbangan di Airlineratings.com berikutan langkah-langkah keselamatan Covid-19 yang dilaksankannya sejak pandemik bermula.
Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan daftar masuk kendiri dan cara untuk mengesahkan sijil vaksinasi, layari Halaman Sokongan AirAsia di sini. Untuk membuat perubahan penerbangan, klik di sini untuk menghubungi AVA, dan untuk status penerbangan terkini, layari airasia.com/flightstatus.
Maklumat terkini mengenai promosi dan pengumuman oleh AirAsia boleh didapati di airasia Super App atau dengan melawat platform media sosial kami.
Untuk pengalaman perjalanan yang lebih baik dan lancar, muat turun airasia Super App melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.