Artis tanya tips curang, Shuk jawab dia dah berubah

Artis tanya tips curang, Shuk jawab dia dah berubah
Shuk Sahar yang dikenali dengan kontroversi ‘curang’ bersama wanita lain telah semakin menyepi dari dunia hiburan.

Minggu lalu, Shuk ada memuat naik posting berkenaan hasratnya yang mahu menjual rumahnya untuk melunaskan hutang kad kredit.

Semalam, rakan artis kepada Shuk Sahar, Shashic Iewan yang merupakan bekas peserta Maharaja Lawak Mega 2021 telah memuat naik satu video di aplikasi TikTok.

https://www.tiktok.com/@shavshic/video/7067349485466258714

Semasa Shuk sedang khusyuk dengan telefon bimbitnya, Shashic telah bergurau dan menanyakan tentang cara untuk curang.

Shuk dengan tenang dan tergelak menjawab soalan itu dengan mengatakan ‘tak boleh’ kerana dirinya sudah berubah.

Rata-rata netizen mendoakan yang baik-baik buat Shuk agar dia istiqamah dan tidak berlaku curang lagi.

shuk sahar