Azizulhasni tolak tawaran yang sangat lumayan demi Malaysia tercinta

Azizulhasni tolak tawaran yang sangat lumayan demi Malaysia tercinta

Jaguh berbasikal trek kebangsaan, Datuk Mohd Azizulhasni Awang mendedahkan di awal penghijrahan ke Melbourne, beliau pernah mendapat tawaran daripada pasukan Professional Drapac.

Melihat kebolehan “The Pocket Rocketman” sebagai pemecut di trek dan juga lebuhraya, pengasas Professional Drapac iaitu Michael Drapac sendiri yang mengutarakan idea kepada John Beasley untuk ‘meminang’ beliau.

Azizulhasni ditawar wang dan kemasyhuran

azizulhasni

Beliau juga beberapa kali diberikan tawaran oleh Japanese Keirin Association (JKA) untuk berlumba Keirin di negara itu.

Menjadi cita-cita setiap pelumba Keirin untuk dipilih dan berlumba disana, peluang untuk mengaut wang kemenangan yang besar juga adalah antara yang ditawarkan jika berlumba di siri perlumbaan di sana.

Bukan itu sahaja, pemenang pingat Perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 ini banyak kali ditawarkan untuk berlumba di perlumbaan jemputan di Eropah seperti Six-day track series yang terkenal di benua sana.

Tetapi, semua tawaran lumayan dan kemasyhuran yang diterima ditolak dengan cara baik. Kenapa?

Saya sedia maklum yang Malaysia telah membuat banyak pelaburan untuk memastikan saya berada di mana saya telah berada pada hari ini. Oleh itu, saya sentiasa pastikan setiap wang yang dilaburkan akan saya cuba untuk balas balik baik dari segi pencapaian, pengorbanan mahupun memberi kembali (giving back) kepada masyarakat dan juga negara tercinta.. Demi-Mu Malaysia

Katanya, beliau terpaksa tolak kerana mengutamakan tanggungjawab kepada pasukan negara tercinta.

Perkongsian penuh: