Azmin puji tindakan Pas gadai lambang bulan

Azmin puji tindakan Pas gadai lambang bulan

 

PERIKATAN Nasional menyambut baik keputusan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersetuju untuk menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri Melaka.

Ketetapan yang ditegaskan melalui kenyataan YB Presiden PAS juga mengambil kira panduan yang diberikan oleh Majlis Syura Ulamak.

Perikatan Nasional yakin keputusan PAS mencerminkan semangat muafakat yang utuh di kalangan parti-parti anggota Perikatan Nasional.

Mendepani cabaran pandemik COVID-19 dan usaha pemulihan ekonomi negara, Perikatan Nasional bertekad untuk menggembleng kesatuan bagi menjamin kestabilan kerajaan serta kesinambungan pelaksanaan dasar dan inisiatif demi kemaslahatan sosio ekonomi dan kemakmuran negara.

Perikatan Nasional yakin dan percaya bahawa rakyat Negeri Melaka cukup matang dan bijaksana untuk mendukung wadah Perikatan Nasional yang senantiasa menganjurkan perpaduan dan mengutamakan kesejahteraan rakyat.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI
Ketua Penerangan Perikatan Nasional