Baca ini! Cara daftar bantuan baikpulih rumah PPRT

Baca ini! Cara daftar bantuan baikpulih rumah PPRT

Berikut ini adalah perkongsian dari kami tentang bagaimana cara daftar bantuan untuk baik pulih rumah pprt terkini anda bagi tahun 2022. Semak lebih lanjut di bawah ini berkenaan cara-cara daftar semula bantuan baik pulih rumah anda. Pastikan anda baca dengan teliti dan fahami dengan baik untuk memudahkan urusan permohonan anda yang seterusnya. Sebelum tu. Jangan lupa kongsikan juga artikal ini kepada keluarga atau rakan yang memerlukan bantuan ini. Perlu diingatkan sekali lagi, Pihak myinfokerja hanya menyiarkan info ini sahaja, dan kami tidak ada kaitan dalam mana-mana pihak agensi kerajaaan ataupun mana-mana syarikat. Terima kasih.

Pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar telahpun memperkenalkan Program Perumahan Rakyat Termiskin atau lebih dikenali sebagai PPRT. Program ini lebih mensasarkan kepada golongan yang ingin membina rumah baru atau membaik pulih rumah untuk diduduki dan memerlukan bantuan. Bantuan ini dilancarkan bagi membantu rakyat yang memerlukan.

Tujuan utama Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti kehidupan keluarga miskin dan miskin tegar dengan cara membaik pulih atau membina rumah baru bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selesa dan selamat sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.

Bantuan PPRT

Permohonan bantuan rumah PPRT lebih diberi keutamaan kepada golongan seperti  Orang Kelaina Upaya – OKU, Mangsa bencana alam yang berskala kecil dan Warga Emas, Bapa atau Ibu Tunggal yang mempunyai tanggungan keluarga yang ramai. Selain itu, Keutamaan perlaksanaan Program ini adalah kepada daerah dan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi.

Cara Permohonan Bantuan

Jika anda memenuhi syarat kelayakan dan ingin membuat permohonan Rumah PPRT 2022 -Secara Online, Semak di bawah ini yang telah disediakan cara untuk permohonan Bantuan Rumah PPRT :

Sila lengkapkan maklumat anda yang diperlukan di ruangan yang telah disediakan dan selepas lengkap mengisi, tekan ”Hantar Permohonan” Kemudian tekan butang ”Program Perumahan Rakyat Termiskin” di laman utama. Klik sini untuk malayari Portal Rasmi eSPKR – DI SINI.

Jenis Kategori Rumah PPRT

Program PPRT terdapat 2 kategori disediakan seperti berikut :

1) Baik Pulih

a) Kepada baik pulih rumah melibatkan 3 elemen penting

  • Penambah baikan
  • Penyelenggaraan
  • Requisition

b) Syarat program bantuan baik pulih rumah

  • Bantuan akan diberikan kepada individu yang mempunyai rumah yang usang atau kerosakan disebabkan oleh bencana dan
  • masih boleh untuk di perbaiki.
  • Mendapat surat kebenaran bagi kes menumpang tapak tanah dari pemilik.

2) Bina Baru

Bantuan pembinaan rumah baru akan diberikan kepada individu yang tidak mempunyai rumah sendiri atau rumah yang didiami sekarang terlalu usang dan tidak selamat untuk didiami.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Program Rumah PPRT , anda boleh hubungi Pihak berkaitan seperti berikut :

Talian Khas : 03 8000 8000
E-mel : [email protected]