Baca! Ini sebab kenapa perlu minta izin dulu sebelum tengok telefon pasangan

Baca! Ini sebab kenapa perlu minta izin dulu sebelum tengok telefon pasangan

Menurut laporan akhbar KOSMO!, setiap suami atau isteri adalah perlu untuk meminta izin terlebih dahulu dari pasangan masing-masing sebelum membuka dan melihat telefon mereka.

Perkara ini dijelaskan oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus melalui satu petikan video ceramahnya baru-baru ini.

Namun demikian, menurut Ustaz Azhar, jika pasangan masing-masing sebenarnya tidak kisah, maka tidak timbul isu atau hukum di sebalik perbuatan tersebut.

“Jika suami tak kisah kita buka telefon dia, maka buka sahaja, tiada syarat yang ditetapkan oleh suami tidak mengapa.

“Jika suami buat undang-undang nak buka kena tanya dulu, jadi isteri memang tidak boleh buka dan memang kena minta izin dahulu,” tambah beliau lagi.

Beliau turut menekankan bahawa jika pasangan masing-masing tidak meletakkan sebarang syarat serta tidak kisah telefonnya dibuka, maka tidak timbul apa-apa masalah.

Ustaz Azhar juga turut menjelaskan antara sebab kenapa keizinan dari pasangan suami atau isteri sebenarnya diperlukan.

“Kadang-kadang telefon ni ada hal peribadi di antara suami dengan mak atau adik-beradik dia yang tidak perlu kita tahu.

“Sama juga kalau telefon isteri, mungkin ada perbualan dia antara keluarga yang tidak perlu kita tahu, jadi perlu minta izin terlebih dahulu jika kita nak buka,” jelas Ustaz Azhar.