Bagi pandangan bodoh, senator Pas dikecam teruk oleh masyarakat
Gelombang Korea atau Hallyu memang tak dapat disangkal lagi kekuatannya di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Bermula dengan K-Drama dan filem bermutu tinggi sehinggalah kebangkitan muzik K-Pop, idea mereka dalam memperkenal dan menjual budaya orang Korea terbukti menjadi sehinggakan ianya menjadi fenomena di seluruh dunia.
Sebagai contoh paling dekat pastinya drama ‘berhantu’ Squid Game yang kini menjadi drama terlaris di Netflix dengan lebih 100 juta tontonan.
Namun semalam, Harian Metro melaporkan seorang Senator negara mendakwa pengaruh K-drama menjadi salah satu faktor kecenderungan bunuh diri rakyat di Malaysia khususnya golongan remaja.
Jelas Senator Mohd Apandi Mohamad di Dewan Negara, ketika perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) kes bunuh diri dalam kalangan remaja di negara ini adalah kerana terdorong dengan pengaruh drama Korea.
Senator Mohd Apandi Mohamad suggested in the Dewan Negara on Wednesday that K-dramas which depict suicides as a common occurrence are one of the reasons why suicides occur among Malaysia’s youth. pic.twitter.com/h2McEHuw0t
— The Star (@staronline) October 13, 2021
Jelas beliau ianya disebabkan kebanyakan drama Korea mempunyai elemen bunuh diri apabila seseorang gagal dalam hidup.
“Remaja yang ramai membunuh diri, bersetuju atau tidak kebanyaka mereka ini terlalu terdorong dengan filem-filem dan drama dari Korea. Pasal semua cerita mesti ada bunuh diri.“Setuju atau tidak, maknanya bila gagal… bunuh diri jawapannya,bila gagal… bunuh diri.
“Adakah kerana mereka terlalu terpengaruh dengan drama Korea ini,” katanya ketika mencelah perbahasan Senator Fadhlina Sidek.
Kenyataan berkenaan kemudian dipersetujui Senator Fadhlina Sidek namun berpendapat terdapat banyak faktor yang turut menyebabkan golongan bawah umur membunuh diri.
Tambahnya lagi, media juga memainkan peranan penting untuk melaporkan kejadian bunuh diri secara beretika.
Pandangan mereka nyata menarik perhatian netizen dimana rata-rata dilihat tidak bersetuju apabila beliau mengaitkan kes bunuh diri dengan pengaruh k-drama.
Sebaliknya ramai berpendapat banyak drama dan filem Korea bukan sekadar memberikan hiburan sebalikknya turut memberikan inspirasi kepada mereka.
Ramai yang turut mempersoalkan sumber kajian yang dilakukan beliau selain memintanya memberikan judul-judul drama dan filem yang menurutnya banyak terdapat elemen bunuh diri.
Ianya turut menarik perhatian Bekas Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq yang berpendapat antara faktor utama membunuh diri adalah tekanan, gaji rendah dan juga kos sara hidup.
First time saya dengar cubaan salahkan K Drama dalam isu bunuh diri. Bukan tekanan, gaji rendah, kos sara hidup.
Tapi K Drama??
Filem ni cerminan masyarakat. Ada babak bunuh diri, kita belajarlah dari situ.
Takkanlah berhenti tengok Hometown Cha Cha Cha, hilang semua masalah?? pic.twitter.com/I4VoT9zvRP
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) October 14, 2021
Berikut antara komen-komen menarik dari netizen berhubung isu berkenaan.