Bahaya minum air kosong berlebihan!

Bahaya minum air kosong berlebihan!

KITA minum air untuk kekal hidrasi. Jika tidak, kita akan berasa rasa lemah badan, cepat penat, mengantuk dan mungkin mengalami sakit kepala.

Oleh itu ramai pakar yang mencadangkan agar meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari untuk kekal hidrasi.

Kuantiti air yang perlu diambil setiap orang sebenarnya bergantung kepada pelbagai faktor seperti berat badan, jantina, persekitaran dan lain-lain.

Namun meminum terlalu banyak air boleh memberikan kesan buruk kepada tubuh kita.

inum terlalu banyak air kosong bukanlah cara yang betul menurunkan berat badan.

Minum air kosong membantu kita mencernakan makanan yang kita makan dan memastikan organ berfungsi dengan baik.

Walaupun saya sering mencadangkan pengambilan air kosong setiap hari, ini tidak bermakna kita boleh minum air secara berlebihan.

Pengambilan air berlebihan melebihi 3L sehari mungkin memberi beban kepada ginjal.

Pernah ada satu kes di mana seorang gadis minum 5 liter air sehari, untuk menjadi kurus, mengalami sawan.

Ini kerana ia boleh menyebabkan sel badan termasuk otak membengkak, dan mengalami sawan.

Pengambilan air yang berlebihan juga menyebabkan kita akan kencing kerap dan mengeluarkan garam sodium yang banyak sehingga menyebabkan kekurangan mineral ini dalam tubuh.

Keadaan ini dipanggil Hyponatraemia. Ini menyebabkan kekejangan pada otot.

Oleh itu minum air pada kadar sepatutnya.

Jika kencing kita menjadi jernih, berkemungkinan kita telah minum air yang terlalu banyak. Air kencing yang normal berwarna sedikit kekuningan.

Jadi bersederhanalah. Minum air terlalu banyak pun bahaya, tidak cukup minum air pun bahaya.

Semoga bermanfaat.