Bayi usia 3 hari disuap biskut oleh mentua, hati ibu ini hancur!

Bayi usia 3 hari disuap biskut oleh mentua, hati ibu ini hancur!

Tular di laman TikTok yustiiimdv, seorang ibu terkejut dan hancur hati melihat keadaan anaknya yang baru lahir 3 hari tidak seperti hari biasa selepas mentuanya memberi biskut kepada anaknya.

Video yang viral itu telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata semua orang geram dengan tindakan mentuanya yang sanggup memberi biskut kepada bayi yang baru je lahir 3 hari.

Dada bayi bengkak

@yustiiimdv

Hati sya hancurr liat anakk dada nya bengkak krna bru 3 hri udh d suapin saya gk tau klau bayi 3hri blm blh d ksh mkn maafin bunda nak 😭😭

♬ suara asli – Fefy🌼 – Fefy🌼

Yusti, Ibu kepada bayi itu menceritakan bahawa dada anaknya bengkak kerana diberi makan biskut 3 kali sehari oleh mentuanya.

Di mukanya banyak bintik-bintik merah. Saya sapu guna tepung kanji. Setelah itu dadanya bengkak sebab baru tiga hari tetapi sudah disuap biskut sebanyak tiga kali sehari.

Yusti, juga menjelaskan sudah beberapa kali dia cuba menghalang perbuatan ibu mentuanya namun tetap diberi biskut kepada bayi tersebut.

Ramai netizen menanyakan khabar bayi tersebut dan mahu perkembangan terbarunya di TikTok, jadi Yusti melaporkan bahawa anaknya itu sudah mula pulih dan sihat walaafiat.

@yustiiimdv

Balas @ikkayunita alhamdulilah skrng ddek nya sht waalfiat bkn ny sya gk tau kak sya dah coba larang mertua sya tpi sya d mrhin

♬ suara asli – Yustii Ridayantii – Yustii Ridayantii

Semoga kisah ini diambil iktibar oleh ibu bapa di luar sana. Sebelum bagi makan kepada anak, rujuklah kepada doktor dan mereka yang pakar. Jangan ambil lewa akan perkara sebegini kerana takut akan memudaratkan kesihatan bayi.