“Ini beg sekolah anak saya masa bersekolah di Manchester, UK (2006-2010). Yang purple tu beg sekolah. Yang biru macam besar sikit tu lunch box.
“Saya tak tahulah sistem pendidikan apa depa guna. Begnya ringan saja tapi akalnya jadi sarat penuh dengan ilmu. Adab sopannya pun tinggi, bising dalam kelas jauh sekali. Entahlah depa ‘guna ilmu’ apa sampai dapat menundukkan budak-budak?
“Takkan takda orang kaji? Adakah benar menambahkan berat buku akan menguntungkan murid atau sebenarnya menguntungkan ‘pembekal’? Sekilo berapa ringgit?
(Nota tambahan: yang lagi pelik sekolah rendah di UK tersebut tiada locker. Macam mana tiada locker pun beg ringan? Heran bin Ajaib!
Itulah antara catatan yang diluahkan seorang pengguna Facebook, Fadzlan Rizan Johani mengenai nikmat anak-anaknya yang bersekolah di Manchester, United Kingdom.
Berbeza dengan realiti semasa anak-anak yang bersekolah di Malaysia, pergi sekolah pikul buku, balik sekolah pun pikul buku.
Sudahlah saiz badan anak-anak kita hari ini semakin lama semakin mengecil, terpaksa pula pikul beban yang hanya menghilangkan tenaga.
Namun demikian, situasi menyakitkan ini bukan hanya dialami oleh para pelajar di Malaysia malah ada juga negara-negara luar membebankan para pelajarnya.
Oleh itu, kita boleh katakan yang mengalami permasalahan ini bukan sekadar anak-anak kita di Malaysia sahaja malah ramai juga anak-anak di luar negara menerima nasib yang serupa.
Apa-apa pun, pokok pangkalnya adalah berbalik kepada Kementerian Pendidikan yang mahu sistem pendidikan di negara masing-masing ini bagaimana rupanya?
Masih berpaksikan pikul buku teks, atau tinggalkan buku teks, belajar sepenuhnya di sekolah dan nikmati kehidupan bersama keluarga selepas sesi persekolahan, itu semua pada pemegang kuasa!