Bekas DJ terkenal ditemui mati, sempat tulis nota misteri

Bekas DJ terkenal ditemui mati, sempat tulis nota misteri

Bekas juruhebah popular yang dikenali sebagai Yam yang berusia 77 tahun ditemui mati di dalam bilik sewanya di Thailand.

Bekas DJ mati dalam bilik sewa

Misteri bau busuk di kawasan perubahan tersebut akhirnya membongkarkan penemuan mayat Yam. Memetik laporan The Thaiger, kematian bekas juruhebah itu langsung tidak disedari oleh jiran tetangga sehinggalah mereka terhidu bau busuk.

Susulan daripada itu, jiran tetangga tampil membuat laporan dan setibanya di lokasi kejadian, mereka menemui mayat Yam di dalam bilik sewa berkenaan. Polis percaya Yam dipercayai meninggal dunia dua hingga lima hari sebelum mayatnya ditemui.

Bukan itu sahaja, mereka turut menemui satu nota yang bertulis ‘Setiap malam ada hantu dalam bilik ini’ dan ianya seakan memberi bayangan bahawa Yam berdepan dengan gangguan mistik.

Selain itu, Yam menulis mesej menggesa orang ramai agar tidak mencipta karma buruk untuk diri sendiri dan mengambil berat antara satu sama lain. Mayat Yam kemudian dihantar ke Hospital Rayong untuk proses bedah siasat.

Hasil siasatan mendapati bahawa sebelum ini terdapat dua kematian yang berlaku di bilik sewa yang sama dihuni Yam. Punca kematian pertama adalah disebabkan gantung diri dan penghuni kedua meninggal dunia tanpa sebab tidak diketahui.

Sumber: The Thaiger