Billboard haram: Akhirnya pengasas produk ternama buka mulut
Baru-baru ini media sosial hangat memperkatakan mengenai lambakan papan tanda haram yang terdapat di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan Berhad (PLUS).
Mula dimuat naik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) di akaun Facebook rasmi mereka sebagai laporan operasi, perkongsian tersebut nyata menarik perhatian orang ramai kerana ada di antara papan tanda tersebut yang mempromosikan syarikat-syarikat ternama.
Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, pihaknya memandang serius isu tersebut kerana ada di antara papan tanda berkaitan yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan sehingga boleh mengundang bahaya kepada pengguna lebuh raya.
Selain itu pembinaan papan iklan secara haram akan mengakibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) kehilangan hasil yang boleh mencecah ratusan ribu ringgit setiap tahun.
Isu ini menyebabkan segelintir netizen mula memandang sinis pada syarikat-syarikat yang menyewa ruang iklan berkenaan seolah-olah mereka hanya mementingkan aspek pemasaran tanpa mengira adakah papan tanda yang dipamerkan mempunyai kebenaran dan permit.
Bahkan ada yang menuduh mereka mampu menjana wang yang banyak namun kedekut untuk membayar lesen.
Terkesan dengan isu tersebut, salah seorang pengasas syarikat yang terpalit, iaitu Dr Nurul A’in Sa’ari dari Alluskin Sdn Bhd tampil menerusi satu bebenang di Twitter menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi.
Pengiklan ada permit sah
Dr Nurul Ain atau lebih mesra dengan panggilan Dr Aen mendedahkan syarikatnya yang merupakan pengeluar produk penjagaaan wajah dan kulit sememangnya mempunyai permit yang sah sebagai pengiklan iaitu dari Oktober 2020 sehingga Oktober 2021.
Tak berminat perbaharui lesen – berubah kepada pengiklanan digital
Namun sebulan sebelum tamat tempoh, agensi pengiklanan telah menghubungi mereka sama ada ingin menyambung permit berkenaan. Namun pihaknya memilih untuk tidak menyambungnya sebaliknya mahu beralih kepada pengiklanan secara digital.
Maknanya selama Oktober 2020 – Oktober 2021, kami di billboard secara sah berlesen.
Apabila hampir sebulan, kami ditanya adakah kami mahu renew? Tidak, sebab memang kami nak fokus pada pengiklanan digital. Bukannya billboard lagi. Kami minta ianya diturunkan.
— Dr Aen #MyDailyShield 😎 (@draensaari) January 23, 2022
Sehubungan itu, sebaik tamat tempoh lesen iaitu pada Oktober 2021, pemilik billboard telah dipertanggungjawabkan untuk membawa turun iklan berkenaan.
Namun beberapa bulan berlalu, iklan tersebut masih kekal di sana sehinggalah MBS menjalankan operasi menampal notis ‘iklan tidak berlesen’ seperti yang tular di media sosial.
Sudah dibawa turun pada Ahad, 23 Januari
Terkesan dengan apa yang terjadi, syarikatnya bersama syarikat-syarikat lain kemudian mengarahkan pihak terlibat untuk bertindak sebelum ia akhirnya diturunkan pada Ahad, 23 Januari 2022.
Apabila ditanya, dan ditanya kenapa ini terjadi kepada satu pihak, mereka berkata ini adalah tanggungjawab media owner. Akhirnya saya meminta CAO untuk memberi mereka masa 72 jam untuk menurunkan billboard tersebut. Tarikh diberitahu, 21/1, tarikh turun hari ini 23/1, pagi. pic.twitter.com/k4DFzdCA00
— Dr Aen #MyDailyShield 😎 (@draensaari) January 23, 2022
Menerusi bebenang sama, Dr Aen turut memberi peringatan kepada semua pihak agar menjadikan apa yang terjadi sebagai satu pengajaran.
Aen dalam masa sama turut memina tsemua agensi pengiklanan dan pemilik billboard agar memperbaiki servis mereka pada masa akan datang kerana isu ini turut melibatkan imej dan jenama para pengiklan.
Ini adalah pengajaran terhebat buat semua. Ia juga jadi batu loncatan pelbagai pihak untuk viralkan isu ini dan hanya petik beberapa brands atas iri. Walaupun Alluskin tidak diviralkan, sangat penting untuk Alluskin bersuara supaya anda tahu, brands tidak salah.
Terima kasih ❤️
— Dr Aen #MyDailyShield 😎 (@draensaari) January 23, 2022