Bongkar tips! Dr Calvin kongsi rahsia besar bagaimana video Ebit Lew boleh FYP di Tiktok

Bongkar tips! Dr Calvin kongsi rahsia besar bagaimana video Ebit Lew boleh FYP di Tiktok

Dr Calvin dedah rahsia Ustaz Ebit Lew senang dapat FYP di TikTok. Anda pun boleh buat.

Pengguna TikTok di negara ini sudah mencecah 17 juta pengguna. TikTok kini dah jadi aplikasi media sosial paling trending di banyak negara termasuk Malaysia.

Baru-baru ini Datuk Dr Calvin, pakar pemasaran TikTok yang juga pengasas MK Curtain telah mendedahkan beberapa teknik rahsia untuk senang dapat FYP di aplikasi TikTok.

Ini adalah cara yang boleh anda gunakan untuk senang FYP di TikTok.

Pertama, anda kena tahu setiap kali anda post video ke TikTok, mereka akan hantar ke 500 orang pengguna lain dahulu. Jika video anda itu mendapat tontonan dan like yang banyak, baru TikTok akan hantar ke 1000 orang yang lain. Jika dapat sambutan lagi, TikTok akan hantar ke 10 ribu pengguna lain pula sehinggalah kepada semua pengguna TikTok yang ada.

Jika video anda tidak mendapat komen atau like, video anda itu hanya akan dapat dilihat oleh 100 orang sahaja. Selepas itu robot TikTok tidak akan bekerja lagi untuk menghantar video anda kepada orang lain.

“Untuk itu penting untuk anda faham bagaimana robot TikTok bekerja supaya video anda boleh menjadi viral sepertimana video selebriti lain.” kata Dr Calvin.

@.ebitlew

Membalas @rnieerlin1 #ustadebitlew #berbagi #uangtunai #giveaway #gratis #ebitlew #shonviral #masukberanda #fypシ゚viral #berbagiituindah #sayangkaliansemua

♬ suara asli – Kayu,Jabuk,SaMpiT.kotim – Kayu,Jabuk,SaMpiT.kotim

Ini adalah teknik yang biasa digunakan dalam video Ustaz Ebit Lew yang anda pun boleh buat:

1. Gunakan lagu sedih yang sedang trending sebagai muzik latar video anda.

2. Buat aksi yang sama setiap kali anda sedang beri bantuan kepada masyarakat. Ustaz Ebit Liew biasanya akan bersalaman, memegang kepala kanak-kanak, duduk bersimpuh sambil berbual dengan penerima bantuan, menangis (jika boleh) dan berpelukan.

3. Letakkan caption di bahagian tengah video anda supaya dapat dibaca oleh penonton.

Mudah kan? cuba buat teknik ini supaya video anda pun boleh viral sepertimana video Ustaz Ebit Liew.