“Buat sendiri, saya tak buat rumah dah” kata kontraktor selepas bawa lari duit RM100 ribu
Memiliki sebuah rumah adalah impian semua individu untuk menetap bersama keluarga tercinta. Bila dah ada duit lebih pula, pasti kita mempunyai niat untuk ‘renovate’ rumah tersebut menjadi lebih besar kerana ianya adalah aset, jadi tak rugipun kalau buat.
Tapi lain pula jadinya apa yang dikongsikan seorang pengguna di Twitter apabila bapanya ditipu RM100k oleh seorang kontaktor dari Indonesia. Apa kes ni?
i dah taktahu nak buat apa lagi. my parents dream house 75% almost done tapi alih alih kena scam. Contractor bodoh ni larikan duit 100k++. i mohon sangat viralkan muka jantan bodoh ni sumpah dah buntu. Dia cakap dia dkt kl skrg but idk…i just need some help pic.twitter.com/bxLyd3n1Br
— nanad (@naddiiiee) January 23, 2022
Dia yang memegang akaun bernama @naddiiiee mengatakan bahawa dua minggu lepas lagi kontrakter tersebut telah ‘block’ nombor telefon bapanya sebelum melarikan diri.
Apabila Nad cuba menghubungi kontaktor tersebut, dia memberita bahawa terdapat masalah yang perlu diselesaikan dan ingin mengambil masa selama 2 minggu. Bukan tu jer, dia juga siap berjanji nak berjumpa pada pukul 9 pagi semalam di rumah berkenaan.
Tunggu punya tunggu tapi dia tetap tidak munculkan diri. Ini jawapan yang diberikannya apabila dihubungi.
pakcik i dapat cakap dgn dia. Tapi korang dengar lah dia jawab ape ☺️👍🏻 kelakarlah tu bangsat pic.twitter.com/HZDk5k5Lew
— nanad (@naddiiiee) January 23, 2022
Kurang ajar betul! Nad juga ada memberita yang sebelum ini bapanya punya ‘excited’ pergi rumah berkenaan hari-hari untuk lihat progress rumah itu. Kesiannya..
Semoga urusan mereka sekeluarga untuk dapatkan balik hak mereka dipermudahkan. Jangan bagi muka!