Budak Ijad ‘sound’ Dato’ Vida, tolong jangan lacurkan agama!

Budak Ijad ‘sound’ Dato’ Vida, tolong jangan lacurkan agama!

“Datuk nak memujuk orang tonto MV tidak mengapa. Buatlah. Tapi jangan buat cara lacurkan agama macam ini ya. Tolonglah.

“Maaf lah Datuk kalau hujung-hujung saya terpaksa tegur juga kerana ini sangat melampau. Saya jadi triggered!” kata Pengarah terkenal tanah air, Shahrulezad Mohameddin.

Shahrulezad Mohameddin atau lebih disapa Budak Ijad, tampil memberi respon berhubung tindakan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) yang mengajak orang ramai mengumpul saham akhirat dengan menonton video muzik (MV) lagu terbaharunya berjudul Ku Ikhlaskan, yang dilancarkan baru-baru ini.

Nak pujuk orang tonton MV, buatlah tapi jangan lacurkan agama seperti ini, Budak Ijad 'sound' DSV

Beliau turut berdoa agar Allah memberi kekuatan kepadanya daripada berkata yang bukan-bukan pagi ini. “Kerana nanti kalau aku mencarut dan gaduh mesti tular.

“Mesti jadi gaduh. Aku malulah nak bergaduh sesama sendiri bila umur sudah tua-tua macam ini.

“Orang sejenis lantang bersuara macam saya ini memang sukar untuk tidak berkata apa-apa bila melihat perkara macam ini,” katanya.

Tegasnya, dia meminta agar DSV tidak menggunakan sentimen agama bagi tujuan peribadi.

Shahrulezad juga mempertikaikan niat DSV yang mahu mengumpul dana bagi menyiapkan Pusat Tahfiz & Syahadah Al Zikri Wa Zuhdie di Meru, Ipoh, Perak dengan mengajak orang menonton MV berkenaan.

“Datuk Seri Vida, dengan rendah diri saya merayu. Tolong jangan tunggang agama kita Datuk tolonglah. Saya rayu ini.

“Duit RM 400,000 buat MV itu lagi bagus Datuk sedekahkan kepada tahfiz anak yatim dari buat MV mahal-mahal macam itu.

“Selepas itu, Datuk pancing kami semua menyokong dengan gula gulakan kami, dengan strategi pemasaran murahan ini.

Mengulas lanjut, Shahrulezad turut menegur agar usahawan tersebut tidak melacurkan agama atas tujuan tersebut.

“Kenyataan Datuk disebuah akhbar ini memang mencabar saya untuk tidak berkata apa. Maaf kalau kata-kata saya ini mengguris hati Datuk dan peminat.

Dalam coretan terakhir, dia terpaksa menutup ruangan komen perkongsian tersebut bagi mengelakkan reaksi yang kurang enak daripada warganet.