Budak Rohingya ini ludah sebab derma sikit sangat

Budak Rohingya ini ludah sebab derma sikit sangat

Media sosial sejak beberapa hari lalu hangat memperkatakan mengenai penularan sebuah video memaparkan aksi biadap seorang budak dipercayai pelarian Rohingya yang berang apabila mengetahui dirinya sedang dirakam ketika meminta sedekah di sebuah jalan.

Dia yang berang kemudian bertindak ala gangster apabila mengetuk tingkap dan pintu kereta berkenaan sambil berkata sesuatu yang kurang didengari.

Malah video membabitkan kanak-kanak sama juga tular di TikTok apabila dia turut dirakam melakukan perbuatan hampir sama terhadap orang lain.

Video tersebut nyata menarik perhatian orang ramai di mana ada yang merasakan kanak-kanak ini sebenarnya terdesak meminta sedekah disebabkan sukar mendapat pekerjaan namun ada segelintir yang menyifatkan mereka sudah melebih-lebih di negara orang.

Di sebalik ciapan tersebut, seorang pengguna Twitter, @Opu_Tendriburang_Daeng_Rilaka telah berkongsi pengalamannya berdepan insiden hampir serupa membabitkan kanak-kanak pelarian Rohingya.

Ludah kerana bengang dapat sikit duit sedekah

Namun apa yang terjadi kali ini berbeza apabila mereka lebih melampau apabila berani meludah kepada dia dan beberapa lagi individu.

Semua itu menurutnya berlaku kerana kanak-kanak ini tidak berpuas hati apabila hanya menerima duit derma yang begitu ‘kecil’ nilainya di mata mereka iaitu RM 2, dan RM5.

Makan pelempang

Mungkin berang dengan sikap biadap dan kurang ajar mereka, lelaki ini kemudiannya telah melempang seorang dari.

Jelas lelaki ini, insiden itu berlaku sewaktu dia sedang bekerja mengambil makanan di sebuah pusat beli belah di ibu kota.

“Cerita pasal aku lempang budak pelarian burma dekat depan lot10 tu. Ada jalan cerita dia. Aku dapat order dekat tingkat 1 lot10 masa on grab. Aku park lah motor. Masa aku park motor tu ada dua lagi rider grab yang baru lepas kena paw dengan bebudak tu.

“Seorang rider bagi RM2.00. Budak-budak pelarian ini marah-marah. Mintak dekat seorang lagi rider pulak. Bagi yaasin. Rider tu bagi RM5.00. Dia ludah sebab dia nak RM10.00. Lepas itu dia datang dekat aku pulak. Sama jugak. RM5.00 tak mahu, nak RM10.00 juga. Aku cakap tak ada. Dengan aku pula dia ludah.

“Tengok rider Grab tadi kena ludah aku dah menyirap. Kena dekat diri sendiri. Aku bagi penampar, tak lah kuat. Mereka lari dekat lorong-lorong Bukit Bintang tu. Aku dengan dua rider lagi pun berboraklah, makin kurang ajar semua. Tak lama selepas itu. Ada seorang gaya abang-abang pelarian datang nak beduk.

Nyaris bergaduh selepas ‘backup’ mereka sampai

“Dua orang dan seperti berumur. Datang dengan cara memang mahu bergaduh. Nasib baik dua lagi rider tadi itu tak lari. Tengok cara mereka jenis garing juga. Kami bertekak depan Lot10. Memang masing-masing dah pegang helmet dah. Masuk sahaja confirm kami hempuk.

“Tidak lama selepas itu, pengawal keselamatan Lot10 datang. ‘Nak gaduh tempat lain’, kata pengawal keselematan berbangsa Nepal. Taiko burma tu masa nak balik. Dia siap tunjuk muka kami seorang demi seorang sambil buat isyarat suruh kami beringat kalau jumpa dia lagi. Mereka ingat orang Malaysia ini cap ayam.

“Sambil tunjuk nombor plat motor kami tiga orang. Tapi alhamdulillah. Tak pernah jumpa dah sampai sekarang. Dah kena tembak mati mungkin. Samseng sangat dekat tempat orang. Aku ini bukan jenis bergaduh punya orang. Sebab aku bukan fighter, apa lagi lah gangster.

“Tapi cara mereka dah melampau. Siapa sahaja tak marah. Lagi nak kesiankan migran juga manusia. Sampai budak-budak dah tahap kurang ajar. Sampai cara dah mengugut,” katanya panjang lebar menerusi bebenang tersebut.

Tambahnya lagi, orang ramai yang sentiasa menyokong mereka (golongan pelarian) sepatutnya peka bahawa golongan ini ada yang bertindak di luar kawalan dan bersikap kurang ajar di negara kita.

Sikap tersebut menyebabkan mereka sukar mendapat pekerjaan sehingga perlu mengemis.

“Diorang ni tau tak pelarian Rohingya, uyghur majority dekat ampang, pelarian perang arab kebanyakannya kurang ajar dekat negara Malaysia ni. Diorang ni dah macam ada kumpulan kongsi gelap diorang sendiri. Jangan persoal kenapa tak bagi diorang kerja, sebab tu mengemis.

“Persoalkan kenapa dibenarkan masuk, kalau masuk cara haram, kenapa tak dibanteras habis2. Rakyat sendiri masih ramai susah menderita,sibuk angkut puak2 ni masuk.

“Yang mana rasa dekat Twitter ini ramai pengikut. Tolong jangan bersetuju dengan ciapan aku. Sebab boleh tahan ramai jugak pejuang migran juga manusia. Dan boleh jadi ada yang sokong anda setiap masa. Jangan kena cancel sebab setuju dengan ciapan aku.

“Daripada kesiankan Rohingya. Lebih baik tolong Gurkha. Baca sejarah Rohingya. Kemudian baca sejarah Gurkha pulak. Arwah atuk aku cakap masa terima pingat dari Queen Elizabeth masa dia dalam servis RAMD dulu, ramai jugak Gurkha dapat pingat. Baik tolong Gurkha ada untung,” katanya lagi.