Buktikan persefahaman, luluskan pendaftaran parti MUDA

Buktikan persefahaman, luluskan pendaftaran parti MUDA

Berdasarkan kepada perkembangan semasa keadaan politik negara dan kedudukan YAB Dato’ Seri Ismail Sabri yang masih bergelut untuk mendapatkan sokongan bagi menstabilkan kerajaan, Pemuda Amanah Nasional ingin menzahirkan sokongan terhadap usaha tersebut demi maslahah yang lebIh besar buat negara.

Sokongan ini juga bagi memastikan hasrat dan titah Yang di-Pertuan Agong dalam kenyataan baginda sebelum ini dapat dipenuhi.

Walau bagaimanapun, kami akan sentiasa menjadi mata dan telinga rakyat untuk memastikan setiap apa yang dijanjikan akan dipenuhi.

Dalam pada itu, kami juga mendesak agar kerajaan turut memulakan langkah dalam memastikan gejala korupsi dan salah guna kuasa turut diberi perhatian dengan menggubal atau menambahbaik akta-akta yang berkaitan dan memperkasakan SPRM sebagai sebuah badan yang bebas untuk membanteras kegiatan rasuah.

Kami juga mendesak agar pihak kerajaan segera memberi kelulusan pendaftaran kepada Parti MUDA dalam menghormati semangat demokrasi dan penghormatan kepada golongan anak muda untuk berpartisipasi dalam politik negara.

Justeru, kerajaan perlu memastikan setiap langkah diambil perlu didasari dengan iltizam politik demi negara sekali gus dapat mengeluarkan negara ini daripada krisis yang telah alam berlarutan akibat kegagalan kerajaan sebelum ini.

MUHAMAD TAQIUDDIN CHEMAN
Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional