Cadang jual tanah UM: Pas tak hormat warisan pendidikan tertua di Malaysia

Cadang jual tanah UM: Pas tak hormat warisan pendidikan tertua di Malaysia

 

Pemuda AMANAH Negeri Perak berasa sangat tidak senang dengan cadangan Ahli Parlimen Pasir Mas dari Pas untuk menjual tanah Universiti Malaya dalam usaha menambah pendapatan kerajaan.

Seharusnya sebagai seorang Ahli Parlimen kerajaan, beliau sepatutnya boleh mencadangkan idea yang lebih bernas dalam usaha menambah pendapatan kerajaan selepas terpaksa berhadapan kritikan ekoran penambahan judi khas sebanyak 22 cabutan.

Status Universiti Malaya sebagai universiti yang pertama dan tertua di Malaya seharusnya dihormati dan diangkat martabatnya agar rankingnya dapat terus ditingkatkan.

Tetapi di bawah pemerintahan Keluarga Malaysia imej Universiti Malaya terus terjejas.

Bermula dengan pelantikan seorang Bekas Pegawai MP Pengerang sebagai Ahli Lembaga Pengarah, kini timbul pula idea untuk menjual tanah Universiti Malaya yang kaya dengan sejarah dan tradisinya.

Justeru, Pemuda AMANAH Negeri Perak berharap agar tempoh sidang Parlimen ini digunakan dengan sebaiknya dalam menyantuni segala masalah rakyat dan bukannya memberi idea yang pelik-pelik yang boleh merendahkan martabat Insitusi Parlimen sebagai institusi tertinggi negara dalam merangka dasar dan hala tuju negara.

Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Negeri Perak
11 Oktober 2021