Cadangan bijak! Presiden Filipina suruh cucuk golongan antivaksin ketika mereka tidur

Cadangan bijak! Presiden Filipina suruh cucuk golongan antivaksin ketika mereka tidur

 

Bila bercerita tentang vaksin, ramai pasti bersetuju bahawa Presiden Filipina, Rodrigo Duterte adalah salah seorang pemimpin di dunia yang paling lantang dalam mempromosikannya.

Malah beliau cukup dikenali sebagai seorang yang tidak menyukai antivasksin apabila pernah mengeluarkan kenyataan akan memenjarakan mereka selain popular dengan ayat mahu menyuntik vaksin babi kepada mereka yang enggan divaksin.

Terbaru, Duterte sekali lagi menjadi perhatian apabila tampil dengan idea ‘luar biasa’ iaitu mencadangkan rakyatnya yang enggan divaksin disuntik ketika mereka sedang tidur.

“Masalahnya ialah mereka yang enggan mendapatkan vaksin ini. Carilah mereka di kampung-kampung anda , ayuh ke sana semasa mereka sedang tidur dan suntik mereka ketika mereka sedang tidur supaya kita boleh menyelesaikannya.

“Sekiranya mereka tetap tidak mahu disuntik, ayuh pergi ke rumah mereka dan suntik mereka ketika malam menjelang tiba. Saya sanggup buat, saya akan memimpin cara itu,” katanya, seperti dilaporkan Buzzkini.

Namun begitu Jabatan Kesihatan Filipina tetap menekankan bahawa mengambil vaksinasi adalah tidak wajib bahkan sebarang suntikan memerlukan persetujuan.

Duterte dalam masa sama turut meluahkan rasa kecewanya dimana Filipina pada mulanya berdepan kekurangan bekalan vaksin COVID-19 yang berlaku dimana pihak kerajaan gagal untuk mencari mana-mana syarikat yang ingin menjual vaksin kepada Filipina.