Cantiknya! Lelaki ini gigih buat pelamin DIY untuk adik

Cantiknya! Lelaki ini gigih buat pelamin DIY untuk adik

Apabila sudah merancang untuk membuat majlis perkahwinan bermacam-macam persediaan yang perlu dilakukan antaranya baju, make up, dan paling penting sekali adalah pelamin.

Seperti yang kita tahu harga pelamin pula tidak murah malah ada yang menelan kos sehingga belasan ribu untuk kelihatan cantik dan gah.

Selain itu, kerja kawin juga tidak dilakukan oleh pengantin seorang diri, keluarga dan rakan-rakan pasti akan turut membantu untuk memastikan majlis berjalan lancar.

DIY pelamin untuk majlis bertandang, tak perlu beli barang hanya guna bahan disekeliling rumah mak

Tular di media sosial menerusi perkongsian seorang lelaki di TikTok atau dikenali sebagai @zarul.apeace yang diminta oleh adiknya untuk membuat pelamin DIY bagi majlis bertandangnya.

@zarul.apeace

Tak perlu beli barang, cari sekeliling rumah mak je 🥰 #pelaminsanding #pelamindiy #majlisbertandang #foryou #fyp #foryoupage

♬ Seribu Tahun Lamanya – Jikustik

Menerusi video, kelihatan @zarul.apeace menggunakan dedaun yang diambil di sekeliling rumah maknya sebagai bahan untuk menghiasi pelamin tersebut.

Seterusnya, dia menggunakan sekeping papan putih dan melekatkan daun-daun yang diambil itu pada papan putih berkenaan. Kemudian daun tersebut disembur dengan alat penyembur rambut agar ia tidak layu dan kekal sehingga majlis berlangsung.

Menurutnya, dia berjaya menyiapkan pelamin itu dengan bantuan ahli keluarga.

Apabila sudah siap, pelamin DIY itu kelihatan begitu cantik dan para tetamu tidak melepaskan peluang untuk bergambar di pelamin tersebut.

Terima kasih kerana realisasikan pelamin ala-ala semulajadi dan klasik

Adik iparnya tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada @zarul.apeace kerana telah berjaya merealisasikan impian pasangan itu untuk mempunyai pelamin bertemakan semula jadi serta klasik.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terpegun melihat hasil pelamin yang dibuat sendiri itu dan memuji pelamin itu kelihatan simple dan cantik.

Sempoinya, simple and just nice

Cantiknya, sedap mata memandang

Macam zaman budak-budak main kahwin-kahwin

Namun, tidak kurang juga ada yang mengatakan konsep itu mengingatkan mereka seperti zaman kanak-kanak mereka ketika bermain kahwin-kahwin.