Cara cepat tidurkan bayi, ibu ini kongsi tips yang menakjubkan!
Seorang ibu telah berkongsi video hack untuk tidurkan bayi dengan mudah, cepat dan berkesan ini hingga ramai ibu bapa kagum dan berterima kasih padanya!
Anda masih ingat trik bapa ini yang berjaya tidurkan bayi dengan cepat? Kini ada tip cara cepat tidurkan bayi yang baru. Tip genius ini dikongsi oleh Lauren Session, seorang jururawat dan ibu yang berumur 31 tahun.
Pada satu hari, Lauren sedang menjaga anak buahnya – A’mire yang baru berusia 3 minggu dan A’mire menghadapi masalah susah untuk tidur.
Lauren yang juga ada seorang anak perempuan berumur 4 tahun telah mencuba segala-galanya untuk tidurkan bayi baru lahir itu dan menenangkannya tapi dia tidak berjaya.
Ibu bayi itu masih berada di hospital akibat komplikasi lain dan belum dibenarkan untuk balik lagi.
Teringat Cara Cepat Tidurkan Bayi Yang Perlu Dilakukan Dulu
Selepas beberapa malam tidak tidur, baru Lauren teringat cara lama yang dia pernah guna untuk tidurkan anaknya dulu.
Dia akan mendukung anaknya dalam bilik mandi lalu memasang paip air dan membiarkan bunyi air mengalir itu berterusan.
Video yang dimuat naik Lauren kemudiannya menunjukkan bayi itu jadi tenang apabila mendengar bunyi air mengalir dan kemudian terus tertidur.!
Selepas video tersebut dimuat naik, ia viral dan Lauren menerima banyak mesej dari orang ramai yang mengucapkan terima kasih atas tip ini.
Lauren amat bergembira kerana berjaya berkongsi dan menolong ibu bapa lain di seluruh dunia.
Guna Bunyi Air Sebagai Cara Cepat Tidurkan Bayi
Bunyi aliran air sebenarnya sangat berkesan apabila digunakan untuk menidurkan bayi atau orang dewasa.
Salah satu teori di sebalik hack ini adalah persamaannya dengan bunyi dalam rahim ibu.
Bayi baru lahir sangat biasa dengan keadaan di dalam rahim ibunya dan apabila ibu dapat meniru persekitaran yang sama, bayi itu akan lebih tenang dan dapat tidur dengan lebih baik.
Maka tidak hairanlah mengapa hack ini sangat berkesan apabila ibu bapa perlu tidurkan bayi mereka dengan cepat!
Tips Lain Untuk Anak Cepat Tidur
Kadang kala macam-macam cara kita guna tapi anak masih lagi berdegil dan asyik menangis sahaja. Selain menggunakan hack di atas, anda juga boleh mencuba beberapa cara mudah ini.
- Pastikan bilik tidur tidak terlalu panas atau sejuk. Jika anak tidur dalam bilik berhawa dingin, pakaian baju lengan panjang agar dia sentiasa selesa.
- Pastikan bilik juga gelap dan sunyi. Sama seperti orang dewasa, anak-anak tidak gemar dengan bunyi bising. Lagi-lagi bayi baru lahir kerana mereka sudah terbiasa dalam rahim kita yang gelap gelita.
- Pasang white noise atau doa-doa suci Al-Quran.
- Cuba tidurkan anak pada waktu yang sama setiap hari, dan kekal dengan waktu tersebut tidak kira apa anda lakukan. Disiplin ini membolehkan anak dan anda mendapat rehat secukupnya!
- Jangan ajak anak bermain terlalu aktif sebelum tidur. Cuba aktiviti lebih tenang seperti membaca buku atau menyanyi lagu nursery rhymes.
- Tidur siang sebelum pukul 3 petang. Jika mereka tidur siang selepas waktu Asar, mereka akan bangun sebelum 7 malam seterusnya menyebabkan mereka sukar untuk tidur pada malam kelak.
- Berikan anak susu secukupnya atau jika dia sudah pandai makan, pastikan perutnya kenyang.
- Jangan lupa sendawakan bayi!
- Jika dia nampak meragam, sapu minyak pada bahagian perut untuk membuang angin.
- Bayi yang baru lahir belum biasa dengan dunia baru, jadi digalakkan untuk bedung agar tidurnya lebih nyenyak.