Cuba pertahan kedai dari angin kuat, namun diri sendiri sekali terbang

Cuba pertahan kedai dari angin kuat, namun diri sendiri sekali terbang

 

Hari ini, tular sebuah rakaman yang menunjukkan usaha sekumpulan individu, dipercayai pekerja sebuah restoran yang cuba mengelak bumbung premis mereka diterbangkan angin kuat.

Ketika itu, dapat dilihat hujan sedang turun dengan lebatnya dan deruman angin kuat memang jelas kedengaran.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok, dapat dilihat kumpulan berkenaan cuba bergayut di sekeliling besi penyambung bumbung premis berkenaan.

Setiap tiang dan bahagian bumbung khemah itu dipegang sekurang-kurang seorang individu, termasuk lelaki dan wanita.

Tindakan itu dipercayai bagi memberi beban tambahan pada struktur berkenaan, sekali gus untuk mengelakkan ia diterbangkan angin.

Namun begitu, usaha berkenaan gagal apabila rakaman seterusnya menunjukkan struktur atas premis berkenaan akhirnya melayang.

Pertahan Restoran Dari Angin Kuat, Dengan Diri Sendiri Sekali Terbang

Sekurang-kurangnya dua kru yang terlibat dalam usaha tersebut dirakam turut diterbangkan bersama struktur bumbung tersebut.

Salah seorang daripada individu tersebut dirakam terjatuh kembali dan terhempas di kawasan kerusi dan meja, manakala seorang lagi kelihatan terus diterbangkan.

Bagaimanapun, nasib individu berbaju biru, dipercayai lelaki, tidak diketahui apabila rakaman tersebut berhenti setakat itu sahaja.

Dapat dilihat, struktur bumbung premis berkenaan hilang sepenuhnya akibat diterbangkan oleh fenomena cuaca berkenaan.

Tidak diketahui dimana lokasi dan bila kejadian berkenaan berlaku. Juga tidak dapat disahkan sama ada insiden berkenaan berlaku di dalam atau di luar negara.

Warga maya berharap agar abang ‘terbang’ dalam keadaan selamat

Dalam pada itu, video luar biasa itu telah meraih 150.3K jumlah tontonan, 7901 likes dan 529 komen.

Ramai yang menonton video berkenaan, tertanya-tanya keberadaan dan keadaan abang baju biru yang didapati ‘terbang’ dalam video ini.

“Baju biru mana dah sampai terbang?” soal pengguna TikTok @raizul165.

“Alahai yang seorang terbang mana? Kesiannya,” komen @lilawatie_21.