Daddy masuk hospital kerana sakit perut, kata anak Najib

Daddy masuk hospital kerana sakit perut, kata anak Najib

Bekas perdana menteri Najib Razak sedang menjalani rawatan kerana masalah sakit perut yang berulang, kata anaknya Noryana Najwa.

Yana berkata bapanya sangat terdedah kepada ulser perut jika di bawah tekanan atau disebabkan gastrik.

“Kali terakhir daddy kena ulser perut tahun lalu sehingga pengsan akibat pendarahan dalaman dan terpaksa dimasukkan ke hospital selama seminggu untuk rawatan susulan.

“Sebelum ini, pada 2010, dia juga dimasukkan ke hospital untuk rawatan pendarahan ulser di perut dan menghabiskan tiga hari di sana,” kata anak Najib itu.

Menurut Yana, bapanya adalah jenis seorang yang susah untuk mengadu mengenai kesakitan dialaminya kerana tidak mahu menyusahkan orang lain.