Dah 3 tahun suami hilang, akhirnya jumpa tengah galak berTikTok

Dah 3 tahun suami hilang, akhirnya jumpa tengah galak berTikTok

 

Pada tahun 2016, seorang lelaki, Suresh menghilangkan diri daripada isteri dan dua orang anaknya. Walaupun isterinya, Jayapradha telah melaporkan kepada pihak polis, namun kes tersebut seakan tiada perkembangannya.

Namun beberapa minggu lalu, seorang saudara Jayapradha bertemukan seorang lelaki mirip Suresh menerusi salah satu video di aplikasi Tik Tok dan Jayapradha mengesahkan bahawa lelaki dalam video terbabit adalah Suresh.

Mereka kemudiannya memberitahu polis dan mengesan loksai Suresh di Hosur. Dengan bantuan NGO yang bekerja di pusat kebajikan untuk transgender.

Menurut pihak polis, Suresh meninggalkan keluarganya disebabkan beberapa masalah dan mula bekerja sebagai mekanik di Hosur. Suresh juga didapati menjalinkan hubungan bersama seorang transgender; ‘wanita’ yang sama dilihat di dalam video Tik Toknya.

Iseri Jumpa Suami Hilang Di TikTok

Setelah menjalani sesi kaunseling dan pemujukan, Suresh dan Jayapradha dihantar pulang ke kampung mereka di Tamil Nadu.

Kalau anda turut kehilangan seseorang, apa kata cuba muat turun aplikasi Tik Tok. Mana tahu mungkin mereka turut menggunakannya, kan?