‘Dah 6 bulan tak dapat’ – Isteri enggan jalin hubungan intim gara-gara trauma bersalin anak pertama

‘Dah 6 bulan tak dapat’ – Isteri enggan jalin hubungan intim gara-gara trauma bersalin anak pertama

 

Lima tahun melayari bahtera rumah tangga, seorang suami merasa kecewa kerana sering ditolak isteri ketika diajak tidur bersama.

Merupakan seorang wanita yang bersikap romantis, lelaki itu terkilan apabila isterinya mula berubah setelah dua tahun berkahwin.

Memikirkan isterinya mungkin penat bekerja sebagai jururawat di syarikat swasta, sang suami mula turun tangan meringankan beban.

Berusaha membantu dalam kerja mengemas rumah kecuali memasak, namun isterinya itu tetap enggan memenuhi keperluan batinnya.

“Kalau kata isteri penat, aku pun penat bekerja. Balik aku sambung pula kerja-kerja dirumah. Isteri balik kerja cuma perlu memasak sahaja.

“Hujung minggu aku rajin bawa isteri keluar hilangkan penat dengan harapan dapat bersama. Tetapi masih dikecewakan,” katanya.

Khuatir sekiranya wanita itu berlaku curang, sang suami nekad menggodam telefon bimbit isterinya bagi mencari bukti.

Langsung tidak menjumpai perkara yang mencurigakan, isterinya makin berubah setelah melahirkan anak di tahun keempat perkahwinan.

Memberi alasan trauma bersalin, pasangan itu sudah tidak menjalinkan hubungan intim bersama selama enam bulan.

“Kepada isteri diluar sana, adakah aku terlalu demand atau ini penyakit wanita? Aku sangat perlukan sokongan moral pada saat ini,” luahnya.