Dah naik pesawat, hasrat Baim Wong tak kesampaian untuk tunaikan Haji

Dah naik pesawat, hasrat Baim Wong tak kesampaian untuk tunaikan Haji

 

Hasrat Pelakon terkenal Indonesia iaitu Baim Wong untuk menunaikan haji bersama isteri dan anak-anak pada 7 Jun lalu tidak kesampaian.

Baim tak jadi tunai umrah

Pelakon yang pernah membintangi filem Layla Majnun itu terpaksa turun daripada kapal terbang kerana timbul beberapa masalah daripada pihak agensi pelancongan. Baim memberitahu pada awalnya dia menyangka itu adalah satu prank tetapi itu adalah realiti yang terjadi.

Meskipun agak terkilan, tetapi Baim menganggap mungkin belum tiba masanya dia bersama keluarga ke Tanah Suci Makkah. Namun, Baim tidak menolak kemungkinan dia akan berangkat menunaikan haji dalam tempoh terdekat.

Bercerita dengan lebih lanjut, Baim memaklumkan bahawa dia sudah pun bertanya kepada pihak agensi namun menegaskan tiada sebarang masalah yang berlaku.

Saya juga akan buat pengesahan dengan pihak tersebut supaya tidak ada salah faham. Mungkin juga ada masalah kesihatan.

Baim memberitahu akan menjelaskan situasi sebenar yang menyebabkan pembatalan penerbangannya dalam satu sidang media.