Dah tak tahan ‘sangap’, suami ratah isteri dalam pantang

Tular di media sosial apabila seorang pengguna Twitter @kingarep_ ada memuat naik sebuah tangkap layar mengenai luahan isi hati seorang isteri yang dianiaya suaminya ketika berada dalam pantang selepas bersalin.
Kata wanita yang tidak didedahkan namanya itu, dia berada dalam keadaan pantang 20 hari dan sering dipaksa untuk melakukan hubungan intim oleh suaminya. Tambahnya lagi, darah nifas masih belum kering dan luka bahagian dalam kesan melahirkan zuriat masih belum pulih sepenuhnya.
Suami letak ubat tidur dalam air
nafsu apa ni lahanet 🖕🤬🖕 pic.twitter.com/diHtm3oQQB
— Yunk Ariff (@kingarep_) February 21, 2022
Namun, wanita itu mengalami satu episod gelap apabila suaminya bertindak meletakkan ubat tidur dalam minumannya hanya kerana ingin melakukan hubungan seksual bersamanya.
Saya minum lah air milo panas yang dia buatkan untuk saya.. dalam beberapa minit lepas tu, kepala saya pening terus tak sedarkan diri.
Kepala saya pening terus saya tak sedar kan diri, saya kejut suami, rupanya dia bagi saya ubat tidur.
Perkara tersebut telah menyebabkan wanita itu berasa sedih dan bimbangkan keadaan kesihatan dirinya dan bayi yang baru dilahirkan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa berang dan tidak puas hati dengan tindakan si suami yang mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan keadaan isteri yang masih lemah dan tidak sepenuhnya sihat kerana baru sahaja melahirkan cahaya mata mereka.
This is marital rape. PERIOD.
Pentingkan diri, satu hal.
Isteri masih dalam fasa recovery – LEPAS MELAHIRKAN ANAK MELALUI VAGINA.Gila dah ni. Gila.
Kalau tak tahan sangat, puasa. 😒 https://t.co/S6SeVfJYZY— back2office Momster (@IzyQirana) February 22, 2022
Gila betul. Xkan sikit pon xde perasaan kesian kt isteri,dgn muka penat pon bernafsu? Xkn ko sbg suami xpenat nk jga isteri tgh pantang?
Mmg la tgh mnyusukan ko nmpk ttek. Xkn tu pon bt ko terangsang. Adoiii mcm² la mnusia https://t.co/65kMalx2ti— Enma Aii 🇲🇾🇵🇸 (@juneiy27) February 22, 2022