Dalam ucapan Hari Malaysia, Mat Sabu bangkitkan isu pembangunan

Dalam ucapan Hari Malaysia, Mat Sabu bangkitkan isu pembangunan

Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tahun ini hampir enam dekad Malaysia terbentuk hasil gabungan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Ia suatu keunikan apabila pelbagai bangsa dan suku yang berbeza agama, budaya dan bahasa boleh duduk sebumbung, hidup secara aman dan damai. Ia jarang jarang berlaku di negara negara lain.

Namun begitu ada aspek yang perlu diberi penekanan, khususnya pembangunan di sesetengah wilayah dan daerah yang masih ketinggalan berbanding dengan kawasan yang lain. Pembangunan yang mampan dan seimbang, disamping peningkatan sektor pendidikan akan memacu pembinaan generasi masa hadapan Malaysia yang lebih gemilang dan boleh duduk atau berdiri sama tinggi dengan negara negara maju.

Selamat Hari Malaysia dan selamat menyambut 6 tahun usia Parti Amanah Negara.

Mohamad bin Sabu
Presiden
Parti Amanah Negara

16 September 2021