Dedah! Tanah RM29 juta dijual RM500 ribu sahaja kepada persatuan YB PAS Terengganu

Dedah! Tanah RM29 juta dijual RM500 ribu sahaja kepada persatuan YB PAS Terengganu

 

Seluas 11,299 meter persegi berdekatan bangunan Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu bernilai RM29.3 juta dikatakan ‘dijual’ kepada Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa) dengan hanya RM500,000.

Lapor portal The Corporate Secret, keputusan membabitkan tanah strategik di Kuala Terengganu itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Walau bagaimanapun, pihak Pendaftar Tanah Kuala Terengganu dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tidak bersetuju tanah itu diserahkan kepada Khairunnisa.

“Konflik kepentingan dalam perkara ini ialah ‘Menteri Besar dan Ahli Exco’ selaku pembuat keputusan telah meluluskan permohonan ‘isteri Menteri Besar dan isteri ahli Exco’ untuk memiliki tanah kerajaan negeri yang bernilai tinggi.

“Atas konflik kepentingan ‘kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar’ dan ‘persatuan pimpinan isteri Menteri Besar’, bayaran premium yang sepatutnya dikenakan ialah sebanyak RM5.87 juta ‘dikurangkan’ kepada RM500 ribu sahaja,” dipetik portal itu lagi.

Sumber: https://harapandaily.com/tanah-rm-29-3-juta-dijual-hanya-rm500000-kepada-persatuan-isteri-yb-pas-terengganu/