Dengan muka selamba isteri hantar makanan walaupun tengah merajuk, suami pula boleh bantai ketawa dekat luar kereta

Dengan muka selamba isteri hantar makanan walaupun tengah merajuk, suami pula boleh bantai ketawa dekat luar kereta

 

Asam garam hidup berpasangan tidak selalunya indah, tapi bergaduh teruk mana sekalipun tak akan pernah lupa akan tanggungjawab sebagai suami mahupun isteri.

Namun tidaklah sampai hingga kemas beg baju dan lari balik rumah mak bapa kerana merajuk dengan pasangan.

Tular di TikTok mengenai seorang wanita yang tidak senyum malah hanya memandang ke hadapan saat menghantar makanan buat suami.

Apa yang melucukan adalah ketawa suami disambut dengan muka selamba si isteri yang tidak memandang langsung ke arah tepi.

Rata-rata warganet yakin bahawa si isteri tengah cuba menahan diri dari ketawa dengan tidak melihat suaminya.

“Kami wakil wanita menggesa sis (si isteri) tetap berjuang dan jangan ketawa sama, pandang lurus ke hadapan.

“Doa tak boleh pandang muka abang, kalau tengok auto (pasti) tergelak.

“Marah, tapi masih taat dengan suami. Alhamdulillah bang.

“Satu sahaja nak cakap, sis boleh tahan bila suami ketawa macam itu, kami yang tengok ini tak henti gelak sahaja,” antara komen warganet.