Didakwa pakai subang berbentuk salib, akhirnya Scha Al-Yahya buka mulut jawab kritikan netizen

Didakwa pakai subang berbentuk salib, akhirnya Scha Al-Yahya buka mulut jawab kritikan netizen

 

Pelakon dan pengacara, Scha Al Yahya mendapat perhatian warganet apabila dia mengenakan anting-anting yang didakwa berbentuk salib ketika menghadiri majlis sidang media pengenalan Finalis Herodewi Remaja baru-baru ini.

Ditegur warganet

subang scha

Menerusi video yang dimuat naik oleh sebuah portal hiburan, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean dilihat sedang ditemu bual oleh pihak media seusai acara tersebut.

Namun di ruangan komen hantaran berkenaan ia dibanjiri dengan persoalan warganet tentang anting-anting yang dipakai oleh pelakon ini.

Terkejut aku tengok subang Scha.

Ya. Itu lambang ‘cross crosslet’, salah satu lambang salib. Mungkin dia tak tahu atau tak peka.

Kadang-kadang benda macam ini kita kena lebih berhati-hati walaupun nampak macam sama.

Bukan salib

subang scha

Tidak berdiam diri, pelakon filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa ini tampil menepis dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa ia adalah logo sebuah jenama antarabangsa.

Bukan salib, tapi x logo Off White. Sekian.

Dalam pada itu, terdapat segelintir warganet yang turut menjelaskan bahawa anting-anting tersebut bukan berbentuk salib selain menegur dakwaan yang sengaja ditimbulkan itu boleh menjadi fitnah kepada Scha.

Fikirlah secara logik, takkan dia nak pakai salib. Bentuk salib bukan macam itu.

Salib bentuk tiang tengah tu panjang, bukan empat sama. Jangan isukan nanti jadi fitnah.

Itukan bukan tanda salib. Kalau tanda salib dia satu panjang dan satu pendek. Yang dia pakai itu sama panjang.