Disaat banyak pusat tahfiz ditutup, kerajaan sumbang 15 juta kepada Dong Zong
Kisah benar yang sedang berlaku dalam sebuah kerajaan yang kononnya dikuasai majoriti Melayu Isley!
Pusat-pusat tahfiz milik umat Melayu-Islam sendiri diancam penutupan, sebaliknya dalam masa sama sekolah persendirian Cina terus menerima peruntukan belasan juta ringgit? Dan, yang bercakap itu pula adalah Dong Zong?
Ironi sekali, semasa era pentadbiran PH dahulu, bila kerajaan umum pasal peruntukan kepada sekolah persendirian Cina, bukan main lagi para walaun dan pejuang Melayu Isley melenting ya? Dituduh kononnya kerajaan PH yang dikuasai DAP lebih mementingkan bangsa Cina dan semuanya adalah agenda DAP untuk bangsanya menguasai negara?
Walhal peruntukan kepada sekolah persendirian Cina bukan perkara baharu malah telah dilaksanakan sejak era BN lagi.
Sebaliknya semasa era PH, peruntukan untuk institusi Tahfiz bertambah bahkan dinaiktaraf. Malah peruntukan tahunan untuk kolej swasta milik MCA yang telah dipotong.
Sekali lagi ironi, yang mengembalikan peruntukan kepada kolej swasta milik MCA tersebut sebanyak RM58 juta setiap tahun itu adalah kerajaan majoriti Melayu Isley hari inilah!
Hari ini, ke mana suara-suara lantang pejuang Melayu Isley itu semua apabila Dong Zong sendiri umumkan kerajaan telah luluskan peruntukan RM15 juta kepada sekolah persendirian Cina ini?
Kita sangkakan bila PM yang suatu ketika konon menebal semangat keMelayuannya itu memperjuangkan pengharaman Dong Zong, hari ini tiba-tiba menikus dan hanya menjadi pak turut kepada kehendak Dong Zong? Hilang sudah kejantanan untuk haramkan Dong Zong?
Kalian yang walaun tu? Tak puas-puas lagi ditipu pemimpin pejuang Melayu Isley kononnya itu?
Hipokrit!
MUHAMMAD FADZIL AHAMAD
Peguam